Peguam bela hak-hak LGBTQ bantah cadangan pusat pemulihan LGBT
Justice For Sisters (JFS) mengecam cadangan mewujudkan pusat pemulihan di Johor untuk individu yang melakukan hubungan seks sesama jantina atau LGBTQ.
“Menahan individu atas alasan menukar orientasi seksual, identiti jantina dan ekspresi mereka tidak dinafikan adalah sama dengan penyeksaan,” kata pengasas bersama JFS, Thilaga S.
JFS berkata pusat seumpama itu mencabuli hak asasi manusia dan melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan, yang melindungi kebebasan individu, privasi dan maruah rakyat Malaysia.
Peguam bela hak-hak LGBTQ itu menambah pusat berkenaan juga melanggar Perkara 8, yang melindungi kesaksamaan di sisi undang-undang dan melarang diskriminasi berdasarkan jantina.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Johor Mohd Fared Khalid berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM400,000 untuk menubuhkan pusat pemulihan itu yang dijangka beroperasi Julai tahun depan.
Sambil menggesa rancangan itu dibatalkan, JFS juga meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Suhakam) melibatkan kerajaan Johor dan melakukan penilaian hak asasi manusia ke atas pusat yang sama di seluruh negara.
Kumpulan itu berkata pusat sebegitu tidak mengendahkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan Seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Selangor yang menjenayahkan “seks luar tabie” sebagai tidak mengikut perlembagaan.
Ia menambah keputusan Mahkamah Persekutuan harus terpakai kepada semua undang-undang negeri dan menjadikan semua undang-undang yang menjenayahkan “seks luar tabie” sebagai terbatal.
Pada 2021, Mahkamah Persekutuan sebulat suara mengisytiharkan undang-undang Syariah Selangor yang menjenayahkan “seks luar tabie” sebagai tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan.
Di bawah Enakmen Syariah, “mana-mana orang” yang melakukan “persetubuhan bertentangan dengan aturan tabie dengan mana-mana lelaki, wanita atau haiwan”, boleh dihukum dengan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau sebatan maksimum dengan enam sebatan atau salah satu daripadanya.
Sementara itu, JFS berkata amalan penukaran jantina dan seksualiti seumpama itu didapati memudaratkan kesihatan peserta, mendorong Pertubuhan Kesihatan Sedunia menggesa agar langkah tersebut diharamkan.
“Berdasarkan tinjauan kami terhadap golongan LGBTQ di Malaysia, amalan ini mengakibatkan kesan jangka panjang yang teruk, termasuk menjejaskan kesihatan mental mereka secara negatif, keciciran di sekolah, dan idea serta percubaan untuk membunuh diri,” tambahnya.
Fared semalam berkata pusat pemulihan itu bukan sahaja diwujudkan bagi mereka yang terpesong akidah tetapi juga menempatkan golongan individu yang mengamalkan hubungan sesama jantina atau LGBT, yang disabitkan kesalahan jenayah oleh Mahkamah Syariah.
“Kewujudan pusat pemulihan bagi golongan yang mengamalkan hubungan sesama jantina ini adalah pertama diwujudkan di negara kita.
“Tujuan penubuhan pusat pemulihan ini bukan sahaja bagi membimbing dan memulihkan golongan yang ingin bertaubat malah sebagai platform memupuk kesedaran kembali ke jalan yang benar,” katanya dipetik sebagai berkata.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Azri Iskandar dituduh gila dan reka cerita
- BCL dapat ‘lampu hijau’ keluarga mentua untuk nikah Tiko
- Johor pertama tubuh pusat pemulihan seks sejenis
- Keajaiban bayi 37 hari
- Hamas jemput Elon Musk saksi kemusnahan di Gaza
- Siti Nurhaliza akan atasi rekod Coldplay
- Kamu biadap sokong PM – Razali
- Bersatu tercabar gelombang hijau PAS
- Alif Teega – Biodata, Profil dan Latar Belakang
- Alif Teega Nafi Pukul Aisyah & Berseronok Dengan Perempuan Lain
- Komen Alif Satar Mengenai Isu Alif Teega [VIDEO]
- Sorok wang RM153,000 daripada Isteri akhirnya dirembat oleh skandal sendiri
- 4 pelajar universiti ditahan di Muar, polis jumpa ganja di kolej kediaman
- Dulu kata gemuk, dah kurus kata suntik
- Proton S70 dilancar harga bermula daripada RM73,800
Layari Laman Facebook MYKMU.NET