Kemaman dapat manfaat besar sekiranya BN menang
#PRK KEMAMAN
Kemaman dapat manfaat besar sekiranya BN menang
KEMAMAN: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yakin pengundi Kemaman akan mendapat manfaat yang besar sekiranya Barisan Nasional (BN) dapat merampas kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu, Sabtu ini.
Ahmad yang juga Pengarah Jentera BN PRK tersebut berkata, calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor akan menjadi jambatan antara Kemaman dan kerajaan Pusat.
“Kalau beliau (Raja Mohamed Affandi) menang, mestilah ada sesuatu yang menguntungkan rakyat. Beliau bukan calang-calang orang, bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, jawatan lima tertinggi dalam perkhidmatan awam. Pengiktirafan atas jasanya juga banyak.
“Kita minta rakyat Kemaman untuk pilih dan berilah ruang kepada beliau (Raja Mohamed Affandi) untuk menang. Perjuangan ini bukan untuk kita (kepentingan peribadi), tetapi untuk rakyat. Kita lihat sekarang Terengganu tiada wakil menteri atau timbalan menteri. Siapa yang rugi?” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas ditemui pada Program Jelajah Jelita@Risda yang disempurnakan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Rubiah Wang.
Ahmad berkata, pengundi di Kemaman akan kerugian sekiranya memilih Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada PRK tersebut.
“Bukan saya nak perkecilkan menteri besar, tapi dia tak ada masa. Kalau dah Ru Rendang pun dia tak boleh turun, apatah lagi di Kemaman yang mempunyai pengundi yang besar.
“Saya pernah jadi Menteri Besar. Kita sangat sibuk. Nak jaga negeri pun payah, inikan nak jaga Parlimen pula. Sekarang ni kalau melibatkan bajet, dua bulan bersidang (sidang Dewan Rakyat). Tak kan nak tinggal negeri dua bulan pergi Parlimen.
“Memang Menteri Besar Selangor juga ahli parlimen, betul. Tetapi, beliau boleh berulang setengah jam je dari pejabat dia ke Parlimen,” katanya.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Raja Mohamed Affandi tidak akan dilantik sebagai Ahli Parlimen yang biasa, namun ada tanggungjawab yang menanti sekiranya beliau menang dalam PRK tersebut.
Sementara itu, pada program tersebut, Rubiah berkata, pihaknya yakin Program Jelita@Risda dapat memperkasakan lagi wanita khususnya wanita di luar bandar.
“Menerusi program ini, peserta akan diberikan pendedahan dalam pengurusan kerjaya, keusahawanan dan kemahiran yang mana kita tawarkan 10 kursus termasuk pelancongan, kecantikan dan fesyen, hospital dan kulinari, pemasaran serta pensijilan halal.
“Sejak dilancarkan pada Ogos lalu, kita telah mendapat penyertaan seramai 1,993 peserta dan kita sasarkan lebih 150,000 peserta dalam tempoh tiga tahun lagi,” katanya. Utusan
Kemaman dapat manfaat besar sekiranya BN menang
Baca Artikel Menarik:
- Azri Iskandar dituduh gila dan reka cerita
- BCL dapat ‘lampu hijau’ keluarga mentua untuk nikah Tiko
- Johor pertama tubuh pusat pemulihan seks sejenis
- Keajaiban bayi 37 hari
- Hamas jemput Elon Musk saksi kemusnahan di Gaza
- Siti Nurhaliza akan atasi rekod Coldplay
- Kamu biadap sokong PM – Razali
- Bersatu tercabar gelombang hijau PAS
- Alif Teega – Biodata, Profil dan Latar Belakang
- Alif Teega Nafi Pukul Aisyah & Berseronok Dengan Perempuan Lain
- Komen Alif Satar Mengenai Isu Alif Teega [VIDEO]
- Sorok wang RM153,000 daripada Isteri akhirnya dirembat oleh skandal sendiri
- 4 pelajar universiti ditahan di Muar, polis jumpa ganja di kolej kediaman
- Dulu kata gemuk, dah kurus kata suntik
- Proton S70 dilancar harga bermula daripada RM73,800
Layari Laman Facebook MYKMU.NET