DM Atiq Azman dihujani golongan gay

DM Atiq Azman dihujani golongan gay

PELAKON Atiq Azman berang susulan kerap dikaitkan dengan hubungan sejenis apabila sering berkongsi rutinnya di gimnasium menerusi laman Instagram miliknya.

Atiq atau nama sebenarnya, Raja Muhammad Atiqullah Raja Azman Shah, 23, memberi amaran dan meminta netizen untuk berhenti daripada komen atau menghantar mesej yang boleh mengundang fitnah terhadap dirinya.



“Bolehkah awak semua berhenti dengan mentaliti yang bodoh seperti ini? Gimnasium hanyalah sebahagian daripada hobi saya. Itu saja.

“Jika awak tiada perkataan yang baik untuk berkata-kata, jadi teruskan diam. Saya tidak perlukan pendapat awak dan tolong simpan kebodohan awak untuk masa depan sendiri,” ujarnya.

Pelakon yang mula dikenali ramai menerusi drama bersiri Nur itu meluahkan amarahnya menerusi satu hantaran di Instagram.

Malah, dalam satu perkongsian yang lain, Atiq juga mendedahkan paparan skrin mesej kurang sopan yang diterima daripada netizen di Instagram.



Lebih membangkitkan kemarahan aktor ini apabila ada segelintir netizen yang menuduhnya berkongsi video bersenam di gimnasium kerana mahu menarik perhatian lelaki homoseksual.

Menjawab mengenai isu itu, ujar Atiq,tujuan perkongsian itu dimuat naik kerana ingin memberikan motivasi kepada mereka yang mahu memulakan gaya hidup sihat.

“Video yang saya siarkan itu adalah khusus untuk mereka yang berminat untuk menontonnya. Ini kerana saya menjangkakan ia membantu mereka dari segi memberi motivasi untuk memulakan kehidupan yang sihat,” jelasnya.

Terdahulu, Atiq sering kali mendapat perhatian netizen kerana dikatakan kerap menunjukkan tubuh badannya yang sasa. Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi serta turut mengaitkannya dengan hubungan sejenis.



Tambahnya lagi, dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas dakwaan tidak berasas itu. Utv

DM Atiq Azman dihujani golongan gay

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena



Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker