Abby Abadi kena tipu dengan scammer

Abby Abadi kena tipu dengan scammer

Pelakon, Abby Abadi tampil membuat laporan polis selepas menjadi mangsa penipuan sindiket pelaburan atas talian (scammer) melibatkan kerugian lebih dari RM14,000.

Akui dirinya terlalu memandai-mandai untuk melabur dalam pelaburan yang membabitkan ribuan ringgit, Abby menyifatkan ia adalah berpunca daripada sikap yang tidak pernah merasa cukup.

“Saya kena scam!!. Hati-hati semua ya. Jangan terkena macam saya. Dah berjaga2 pun kena juga.. 😶‍🌫️ Mula2 perasan nama dimasukkan dalam group telegram “Trade Free Income” Saya pantau je apa yang berlaku dalam group tu.. Mula2 rasa was2.. tapi lama jadi teruja sbb konon semua yg melabur dapat pulangan berganda2 dalam 3 jam saja.. pandai betul dorg main peranan 🤭.

Inilah bahana bila tak pernah merasa cukupp! tapi manusia kan 😆.. walaupun nampak macam… ehhh takkanlah semudah itu dpt pulangannya.. tapi mcm terpanggil2 pulak untuk melabur.. fikir punya fikir, terjebakk akhirnya 😭 RM4k mula2 ye bukan sikit.. dijanjikan pulangan sebanyak rm145k dalam masa 3jam.. Siapa taknak kan? Sebab dalam grouppp mcm siapa yg joinnnn semua dpt..”-kongsi Abby di Instagram

“Konon Kalau Dapat, Nak Suprise Kan Semua..”

Tambahnya lagi, Abby pada mulanya mahu memberikan kejutan buat suaminya jika pelaburan yang dilakukan akan mendapat pulangan wang yang banyak. Namun, hampa apabila ‘yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran’.

“Suami mmg taktahu langsung pasal ni.. semua sy memandai sendiri.. Konon kalau dpt nk suprise kan semualah.. duit terpijakk! haha.. yg dikejar tak dpt! yg dikendung berciciran… 😝😂.

Yg pasti dah minta suami ganti.. suami kata ok sayang @jai_faizal147 . TQ suami….. baikkan suami sy hehe.. 🥰
Tapi seriusss mcm mimpi pun ada ni.. tp nk buat mcmana.. dah transfer dah pun …. 😶‍🌫️.”-tulis Abby lagi

Hati-hati semua untuk tidak menjadi mangsa penipuan sindiket pelaburan atas talian..

Abby Abadi kena tipu dengan scammer

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker