Isteri tolak poligami tidak berdosa [VIDEO]

Tangkap layar video Asma’ ketika bercakap melalui satu klip video ceramahnya, baru-baru ini.

Golongan isteri tidak perlu risau dituduh sebagai derhaka kepada suami jika tidak bersetuju dengan berpoligami kerana hukum ‘bernikah lain’ hanya disunatkan kepada golongan yang memerlukan.

Penceramah bebas, Ustazah Asma’ Harun berkata, golongan wanita jangan takut dituduh sebagai melawan sunnah nabi dan takut dituduh sebagai penderhaka selagi tidak menganggap poligami itu adalah sesuatu yang salah, poligami boleh menzalimi wanita, kejam dan tidak mengikut syariat.

“Jika kita anggap hukum syariat poligami adalah seperti berikut, itu barulah boleh dikatakan kita melakukan tuduhan tidak berasas dan seterusnya berdosa.

“Maksudnya itu tidak boleh, kita tidak boleh katakan hukum poligami seperti itu kerana poligami ini ada hikmah kepada yang memerlukan,” jelasnya melalui satu klip video ceramahnya, baru-baru ini.



Tambah beliau, kepada pasangan yang memerlukan poligami, dituntut serta wajib berpoligami tentunya ada hikmah besar kepada mereka.

Namun, sebaliknya kepada mereka yang tidak perlu langsung berpoligami kerana syariat tersebut hanya disunatkan kepada mereka yang memerlukan.

“Tapi kepada orang yang hukumnya harus atau tidak perlu untuk berpoligami iaitu apa yang dimaksudkan keperluan pernikahan seperti anak, kasih sayang semuanya sudah ada, maka tidak berdosa jika wanita itu menghalang.

“Sebenarnya wanita yang menentang poligami ini bukanlah wanita yang tidak bersetuju dengan syariat itu tetapi suami mereka tidak mempunyai sebab untuk berpoligami,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.



 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramYoutube, & TikTok

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)



Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker