Perebutan kuasa bakal berlaku di dalam Bersatu

Pengumuman Muhyiddin membuka ruang perbutan kuasa.

Perebutan kuasa bakal berlaku di dalam Bersatu

“Semua Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) bersetuju Tan Sri kata tak nak pertahankan bukan letak jawatan,” kata Hamzah.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin, mereka tidak dapat menerima jika Muhyiddin mahu berundur lebih awal.

“Dan kita tidak mencadangkan sesiapa pun (sebagai penggantinya),” kata Hamzah yang juga ketua pembangkang.

Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan presiden pada pemilihan Bersatu tahun depan untuk memberi ruang kepada pemimpin pelapis.

Sementara itu, Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu mengakui terkejut dengan pengumuman Muhyiddin dan ia tidak pernah disuarakan pengerusi Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

“Saya rasa terkejut dan tidak berpuas hati dengan pengumuman Muhyiddin untuk tidak menawarkan diri dalam pemilihan parti akan datang.

Beliau juga enggan mengulas sama ada mahu bertanding jawatan presiden atau tidak, sebaliknya berkata: “Tidak perlu ke situ, kerana akar umbi mahu Muhyiddin kekal.

“Saya tak akan menentang Muhyiddin dan akan lindungi beliau.”

Ketua Pemuda Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pula berkata beliau akan mengusulkan supaya Muhyiddin kekal menerajui Bersatu pada pemilihan seterusnya.

“Sudah tentu, saya akan menyentuhnya pada penggulungan esok.”

Jadi sekarang siapa yang bakal bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden?

Seperti yang diketahui Peja adalah timbalan presiden tetapi yang menjadi ketua pembangkang sekarang adalah Hamzah.

Maka sudah tentu Hamzah akan bertanding jawatan presiden Bersatu. Ini mungkin tidak akan disenangi oleh Peja. Peja mungkin akan kekal bertanding sebagai timbalan presiden tetapi kemungkinan besar Azmin Ali akan bertanding jawatan itu.

Ada yang berkata Peja mungkin akan mendesak Radzi Jidin untuk bertanding jawatan presiden kerana ramai yang tidak mahu Hamzah menjadi presiden kononnya kehendak akar umbi.

Perebutan kuasa bakal berlaku di dalam Bersatu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mawar Rashid sah bercerai

Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah

Kilafairy buat hal lagi

Tarian Dolla berpakaian seksi jadi kecaman netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker