Qabil ungguli perlumbaan pertama Kejuaraan Siri Dunia MiniGP 2023

Qabil muncul juara perlumbaan pertama Kejuaraan Siri Dunia MiniGP 2023 di Valencia, Sepanyol pada Khamis. – Foto: Agensi

PELUMBA cilik negara Qabil Irfan Azlan membuktikan kehebatannya apabila menjuarai perlumbaan pertama Kejuaraan Siri Dunia MiniGP 2023 di Valencia, Sepanyol pada Khamis.

Pada aksi di Litar Kart Ricardo Tarmo, pelumba berusia 11 tahun itu mengungguli saingan kategori 160cc apabila menamatkan perlumbaan dengan catatan 10 minit 24.656 saat (s) sekali gus memastikan lagu Negaraku berkumandang di bumi Sepanyol.

Qabil Irfan, bakat pelumba muda yang wajar diberi perhatian itu meninggalkan pelumba tuan rumah Sepanyol, Enzo Zaragoza di tempat kedua (10:24.766s) sementara wakil Jepun Kotaro Togashi ketiga (10:26.291s).

Beliau akan beraksi pada perlumbaan kedua pada 6 petang diikuti Super Final pada 8 malam ini waktu Malaysia



Semalam, pelumba berasal dari Kuala Terengganu itu menempah petak pertama pada sesi kelayakan ketiga perlumbaan yang berlangsung di venue sama.

Qabil Irfan pernah muncul juara MiniGP Malaysia 2023 dan diletakkan sebagai harapan untuk menyerlah pada penyertaan MiniGP kali ini. – Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mawar Rashid sah bercerai

Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah



Kilafairy buat hal lagi

Tarian Dolla berpakaian seksi jadi kecaman netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker