MP Maran dimasukkan ke CCU, IJN

MP Maran dimasukkan ke CCU, IJN

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memaklumkan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN).

Perkara itu dimaklumkan sebelum Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri bermula di Dewan Rakyat pagi ini.



“Sebelum saya memulakan Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, saya nak maklumkan sahabat kita, (Ahli Parlimen) Maran berada di CCU, IJN.

“Beliau (ketika ini) tidak boleh dilawati,” katanya.

Johari yang tidak memberikan perincian lanjut mengenai penyakit dihidap Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional itu turut minta semua ahli dewan mendoakan kesembuhan segera Ismail.

“Kita berdoa agar sahabat kita dilindungi Allah SWT dan sembuh segera,” katanya. BH



MP Maran dimasukkan ke CCU, IJN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

FD3: ‘Wahab’ jadi usikan Mas Idayu



GV10: Liza Hanim dapat ‘5M’ daripada Hetty Koes Endang

FD3: Syarif dan Syaiful juara minggu ke enam



GV10: Noryn Aziz tersingkir



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker