Jurulatih taekwando mengaku tak salah amang seksual fizikal 5 kanak-kanak

Jurulatih taekwando mengaku tak salah amang seksual fizikal 5 kanak-kanak

SHAH ALAM: Seorang jurulatih taekwando mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima kanak-kanak perempuan, antara September dan Oktober lepas.

Ahmad Munir Zainuddin, 20, didakwa melakukan perbuatan tersebut ke atas lima kanak-kanak perempuan berusia antara tujuh serta 11 tahun di sebuah dewan di Seksyen 24, di sini sekitar September dan 28 Okt lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga disebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Rasyihah Ghazali membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan, dengan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap awal bulan, menyerahkan pasport ke mahkamah dan tidak mengganggu mangsa.

Mahkamah kemudian menetapkan 14 Dis untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nabilah Abd Rashid manakala tertuduh diwakili peguam ‘Adil Safwan Ahmad Shaffie.

Sebelum ini media melaporkan seorang pengajar seni mempertahankan diri ditahan di sebuah pasar raya di sini kira-kira 4 petang, 2 Nov lepas.

Siasatan terhadap suspek yang juga merupakan penuntut kolej swasta sebelum ini, mendapati suspek menggunakan alasan mahu membetulkan tali pinggang mangsa-mangsa di dalam tandas sebelum melakukan perbuatan jenayah seksual itu. FMT

Jurulatih taekwando mengaku tak salah amang seksual fizikal 5 kanak-kanak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gambar lucah ciptaan AI, artis tempatan menjadi mangsa

Rakyat Malaysia jual sate RM7 secucuk tepi jalan laku keras

Bersatu sudah jadi Berpecah

Pekerja Nasi Kandar Terkenal Hanya Berseluar Dalam Di Dapur (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker