Penjawat awam disyaki minta habuan seks ditahan SPRM

Penjawat awam disyaki minta habuan seks ditahan SPRM

JOHOR BAHRU: Seorang anggota agensi penguatkuasaan di sini, ditahan kerana disyaki meminta habuan seks sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas seorang wanita yang gagal melapor diri atas kesalahan dadah.

Sumber berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika bersama wanita berusia 20-an itu dalam operasi khas di sebuah hotel di sini, kira-kira jam 7.30 malam tadi.



Wanita berkenaan dipercayai gagal melapor diri secara bulanan kepada agensi penguatkuasaan berkenaan dan suspek dikatakan meminta habuan seks bagi mengelak mangsa dikenakan tindakan.

“Wanita berkenaan pernah ditahan atas kesalahan dadah dan sedang menjalani tempoh pengawasan dua tahun di sebuah agensi penguatkuasaan di Johor Bahru,” kata sumber berkenaan.

Mahkamah Majistret Johor Bahru membenarkan permohonan reman empat hari bermula hari ini hingga Isnin ini bagi siasatan lanjut.

Permohonan reman dibenarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah, Chai Ing Hien, selepas dikemukakan SPRM, pagi tadi.



Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. BH

Penjawat awam disyaki minta habuan seks ditahan SPRM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Gambar lucah ciptaan AI, artis tempatan menjadi mangsa

Rakyat Malaysia jual sate RM7 secucuk tepi jalan laku keras



Bersatu sudah jadi Berpecah

Pekerja Nasi Kandar Terkenal Hanya Berseluar Dalam Di Dapur (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker