Wafariena intim dengan ahli perniagaan

Wafariena intim dengan ahli perniagaan

Pelakon Wafariena Roslan mendedahkan sedang mengenali hati budi seorang ahli perniagaan namun masih terlalu awal untuk berkongsi butiran mengenai individu itu.

Wafariena berkata, dia hanya akan berkongsi wajah dan maklumat jejaka itu apabila mereka sepakat untuk membawa hubungan itu ke fasa seterusnya.



“Apabila dah nak kahwin baru saya akan kongsikan kepada umum.

“Buat masa ini, saya tak dapat nak kongsikan jejaka yang sedang saya kenali ini.

“Cuma kami sudah berkawan lebih setahun dan masing-masing serius dengan hubungan ini,”katanya.

Ditanya adakah majlis pernikahan dengan jejaka itu bakal berlangsung dalam waktu terdekat, Wafariena menafikan perkara itu.



“Sasaran untuk berkahwin itu belum ada lagi. Saya serahkan soal jodoh dan takdir kepada Tuhan.

“Jujurnya saya agak kekok untuk berkongsi hal peribadi kepada umum, cukuplah setakat ini sahaja,”katanya. HM

Wafariena intim dengan ahli perniagaan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi

Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah



5 selebriti Hollywood persetankan Zionis

Melampau betul tindakan Aliff Syukri ke atas Azwan Ali



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker