Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi

Ariff dan Haqiem mempersembahkan secara medley lagu Janam Janam, Goyang Inul dan 100% Cintaku, lantas melayakkan mereka memenangi hadiah wang tunai RM10,000.

SHAH ALAM: Pasangan sepupu, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran terus unggul di pentas musim ketiga Famili Duo (FD3) apabila diumum Duo Terbaik pada konsert minggu keempat yang disiarkan secara langsung TV3 dari Studio TV3, Glenmarie, di sini, malam tadi.

Pada konsert itu, Ariff dan Haqiem mempersembahkan secara medley lagu Janam Janam, Goyang Inul dan 100% Cintaku, lantas melayakkan mereka memenangi hadiah wang tunai RM10,000.

Ini kemenangan kedua Haqiem dan Ariff yang sebelum ini meraih gelaran sama pada minggu kedua dengan menampilkan persembahan berkonsepkan solidariti kepada rakyat Palestin.

Pada konsert minggu keempat FD3, Ariff dan Haqiem menyelitkan sketsa mencuit hati, sekali gus berjaya menarik perhatian juri Ajai dan Mas Idayu.



Ariff dan Haqiem mengumpul 62.5 markah meninggalkan lima pasangan lain iaitu Syarif dan Shaiful Zero yang beroleh 56.7 markah; Ryan Bakery dan Adam Bakery (52.8 markah); Tom dan Fuad Rahman (47.2 markah); Syahir Amzah dan Shila Amzah (45.1 markah) serta Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi (41.7 markah).

Susulan kemenangan itu, Ariff dah Haqiem memilih tema Idola/Legenda untuk dipersembahkan setiap peserta pada konsert minggu kelima, Ahad ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris

‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)



Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’

Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker