Masyuk… Penduduk jumpa wang dalam plastik depan masjid

Gambar Hiasan

Seorang penduduk menemui sejumlah besar wang di pintu masuk Masjid Darul Hasani, Aceh Besar kelmarin, sekali gus meminta pemiliknya agar tampil ke depan, lapor laman berita RMOLAceh semalam.

“Wang itu ditemui pada waktu siang,” kata ketua masyarakat tempatan, Ulyani kepada laman berita tersebut.

Beliau juga menyatakan bahawa wang itu ditemui oleh seorang lelaki bernama Budi Azwar dalam keadaan diikat di  dalam beg plastik yang dipenuhi pasir dalam keadaan basah.

Pada awalnya, Budi menganggap ia adalah wang mainan.

“Pada waktu malam hujan turun, menyebabkan wang itu basah dan berpasir. Dia (Budi) membuka beg plastik itu dan membuang airnya,” ujar Ulyani.

Tambah Ulyani, Budi kemudian menyerahkan wang itu kepadanya dan nilai sebenarnya tidak didedahkan.

Namun, katanya, wang tersebut dianggarkan melebihi 1 juta rupiah (RM299) dan kurang daripada 10 juta rupiah (RM2,990). – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker