Azhar Rahman tawar diri untuk rebut jawatan Ketua Pemuda Amanah
Azhar Rahman hari ini mengesahkan dia sedia menawarkan diri untuk dipilih perwakilan mengisi salah satu tempat dalam Jawatankuasa Pimpinan Pemuda Amanah Nasional, sekali gus dipertimbangkan mengetuai gerakan tersebut.
Menurut exco Pemuda Amanah Nasional itu, dia mengambil kira pelbagai aspek termasuk respon yang diberikan ahli di seluruh negara serta menyedari keperluan menawarkan pembaharuan kepada sayap parti terbabit.
Dia yang juga exco Pemuda Amanah Perak berharap dengan adanya persaingan secara sihat begitu, Pemuda Amanah dapat menilai idea dan hala tuju yang ditawarkan setiap calon.
“Pada masa sama kita meraikan serta menyuburkan demokrasi melalui Amanah,” katanya kepada Malaysiakini.
Setakat ini ada tiga nama mengesahkan secara rasmi berminat untuk memegang jawatan berkenaan, termasuk penyandangnya, Hasbie Muda, yang kini berkhidmat sebagai anggota Dewan Negara.
Seorang lagi calon ialah Ketua Pemuda Amanah Selangor merangkap Adun Batu Tiga di Shah Alam, Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid.
Sebelum ini laporan menunjukkanAzhar dilihat berpotensi untuk menyertai persaingan berkenaan selepas mendapat dukungan dari beberapa negeri, selain timbalan Hasbie ketika ini, Razak Ridzuan.
Ada masa yang cukup
Menurut Azhar dia juga berharap ahli Pemuda Amanah tidak menganggap tawaran berkenaan sebagai ancaman kepada perpaduan ahli sayap parti.
Sebaliknya kata Azhar ahli akar umbi boleh memanfaatkan ruang yang sememangnya terbuka dalam perlembagaan parti untuk menilai serta membandingkan gagasan yang dibawa setiap calon.
“Kita tumpukan persaingan secara sihat ini dengan melihat apa idea yang dibawa serta hala tuju yang mahu dipandu oleh setiap calon,” katanya.
Pada masa sama Azhar juga menasihatkan semua pihak agar berhati-hati dan menjaga batasan semasa berkempen agar persaingan yang berlangsung tidak menjurus kepada perpecahan.
Katanya dia sedar sedikit sebanyak persaingan itu boleh membawa kepada rasa tidak puas hati dan kurang senang antara satu sama lain, namun yakin ia masih terkawal dan boleh ditangani dengan baik.
“Tambahan pula kita sudah melepasi tempoh genting pilihan raya peringkat kawasan atau negeri, dan pilihan raya umum yang akan datang pula boleh dikatakan masih agak jauh.
“Justeru sambil berharap tiada perpecahan, kita juga yakin Pemuda Amanah mempunyai masa yang cukup untuk merapatkan saf selepas pemilihan nanti,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Akmal minta PM hantar 12 wakil rakyat PKR ke Gaza
- MP Labuan pula isytihar sokong Anwar
- Azhar Sulaiman beri amaran kepada Sharnaaz?
- Fazura kutuk Angelina Jolie acah-acah ‘buta’ kezaliman Zionis
- Hantu di UiTM Lendu
- Lauk babi hina industri nasi kandar – PRESMA
- FD3: Izzue Islam macam nampak kekok mengacara
- Kami tak pilih menantu kaya – Yusof Haslam
- Bomoh rogol pelajar sampai hamil ketika proses buang santau
- Anwar perlu lebih berani – TMJ
- Lelaki tidur dalam rumah mati disambar petir
- Alyah disangka Ira Kazar
- GV10: Bersepah nyanyian Aliff Aziz – Ramli MS
- GV10: Zamani tersingkir akhirnya
- Oops PAS tersalah langkah ke?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ajai tercarut dalam program FD3
All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu