Pertelingkahan kepimpinan DAP P Pinang memalukan

Pertelingkahan kepimpinan DAP P Pinang memalukan

Susulan sokongan luar biasa terhadap DAP di Pulau Pinang pada PRN baru-baru ini, ada yang mempersoal sama ada pemimpinnya semakin angkuh dan tidak menghargai pengundi apabila berlaku pergolakan kuasa dalaman sebaik sahaja selepas pilihan raya selesai.

Warganet berkata, pergelutan kuasa hanya dua bulan selepas pilihan raya menampakkan parti itu lebih fokus terhadap personaliti mana yang patut menerajui kerajaan negeri, bukannya berusaha menyelesaikan isu dihadapi rakyat.



Penganalisis politik Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, DAP sepatutnya berasa malu kerana pertelingkahan dalaman ini begitu cepat tercetus selepas ketua menterinya dilantik.

Beliau memberi amaran bahawa ini bukan yang diharapkan penyokong selepas memberikan memberi sokongan besar-besaran kepada parti.

Penyokong malah mungkin menyampah dengan kegagalan pemimpin parti memberikan tumpuan terhadap keperluan rakyat, tambahnya.

Baru-baru ini, Ketua Menteri Chow Kon Yeow mendakwa ada usaha menggulingkannya sebelum PRN Ogos lepas. Bagaimanapun, pengerusi DAP Pulau Pinang itu kemudian menarik balik kenyataannya dengan berkata, beliau sekadar menceritakan keadaan sebelum pilihan raya.



“DAP patut rasa malu kerana berlakunya perebutan kuasa ini. Parti itu patut mencontohi PAS, yang membentuk gabungan empat negeri pimpinannya untuk meraih lebih manfaat dari segi ekonomi.

“Ada sedikit perselisihan antara PAS dan Bersatu, tetapi Presiden PAS Hadi Awang menoktahkannya dengan memberi amaran supaya rakan kongsinya itu tidak mengganggu status quo di empat negeri terbabit,” katanya kepada FMT.

Pada September, empat negeri pimpinan PAS, iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, membentuk “state government four” (SG4) untuk mengukuhkan ekonomi masing-masing.

Azmi berkata, perbalahan antara puak-puak dalam DAP pasti melemahkan kerajaan perpaduan pimpinan PH pada peringkat persekutuan. Susulan itu, katanya, masalah itu perlu ditangani segera sebelum menjadi lebih buruk.



Penganalisis politik Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya turut senada dengan Azmi, berkata DAP patut mengambil iktibar atas apa berlaku kepada Umno selepas mencapai kemuncak kuasanya kira-kira 15 tahun lepas.

Menurutnya, akar umbi Umno mula beralih daripada parti selepas pemimpinnya mula bersikap angkuh dan tidak menghargai mereka.

“Jika perbalahan tidak sihat ini berterusan dalam kalangan pemimpin DAP, akar umbi mungkin akan memberi pengajaran kepada parti itu pada pilihan raya akan datang.

“Pertelingkahan kepimpinan ini boleh dianggap sebagai keangkuhan apabila memegang kuasa, dan pemimpinnya cakap tak serupa bikin,” katanya.



Bagaimanapun, penganalisis politik James Chin tidak menganggap DAP sebagai angkuh, sebaliknya memang mendengar kehendak segelintir penyokong yang berpendapat Chow tidak selantang atau agresif seperti pendahulunya, Lim Guan Eng.

“Ada benarnya Chow sangat kurang menonjol berbanding (Lim) ketika menjadi ketua menteri selama 10 tahun,” katanya.

“Ada yang tak kisah, tetapi ada yang tidak berpuas hati kerana budaya DAP sentiasa mencabar batasan. Mereka cuma mahukan ketua menteri yang lebih kuat.” FMT

Pertelingkahan kepimpinan DAP P Pinang memalukan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein



Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker