Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur

A cute monkey lives in a natural forest of Thailand.

Kejadian mengejutkan membabitkan seorang lelaki diserang secara seksual oleh monyet dalam bilik sebuah hotel di Kemboja telah tular di media sosial, lapor Thaiger.

Semasa kejadian, mangsa seorang pelancong United Kingdom (UK) dilaporkan terlupa menutup tingkap bilik hotel, sebelum seekor monyet ekor panjang bertindak membuka seluarnya.

Sebelum kejadian, mangsa dari UK datang bercuti ke Kemboja bersama rakan-rakannya.

Pada malam itu, dia dikatakan keletihan selepas bersiar-siar dan tidur ‘mati’ atas katil tanpa menutup tingkap bilik hotel.

Rakan-rakannya menceritakan mereka melihat seekor monyet menyelinap masuk dalam bilik ketika sedang tidur dan melakukan seks oral.

Kemudian, mereka menghalau monyet keluar kerana bimbang kawannya digigit haiwan itu.

Sebaik sedar daripada tidur, mangsa bergegas menempah tiket balik ke England selepas kawan-kawannya menceritakan sambil menunjukkan gambar dia cabul oleh monyet itu.

Difahamkan, klip video 20 saat dikongsi dalam kumpulan sembang mereka menunjukkan monyet membuat aksi jelik kepada lelaki itu.

“Sebaik sedar dari tidur, dia terus balik ke UK dan tiada siapa berani menahannya,” kata salah seorang rakan-rakannya.

Cerita yang disiarkan dalam X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter telah menarik 2.6 juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam. – Agens

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker