Setiausaha Agung PBB terkejut kenyataan diputar belit Israel

NEW YORK – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres terkejut apabila kenyataannya berhubung situasi sebenar di Genting Gaza diputar belit Israel.

Semasa mesyuarat Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada Selasa, Guterres tanpa menamakan Israel mengecam pelanggaran undang-undang antarabangsa yang jelas di Gaza dan menggesa gencatan senjata segera diisytiharkan.

Guterres menegaskan tiada alasan untuk keganasan mengerikan oleh serangan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, tetapi ia bukan alasan bagi menghukum penduduk Palestin secara keseluruhan.



Tambah Guterres, serangan Hamas tidak mungkin berlaku tanpa sebab, sebaliknya penindasan, kekejaman dan keganasan terhadap rakyat Palestin yang sekian lama terkesan dengan tempoh 56 tahun diduduki secara haram telah menjadi punca utama.

Kenyataannya itu menimbulkan kemarahan Menteri Luar Israel, Eli Cohen, yang menyatakan orang awam termasuk kanak-kanak kecil terbunuh dalam serangan tunggal paling berdarah dalam sejarah Israel.

“Kenyataan saya dianggap seolah-olah mewajarkan tindakan Hamas. Ia salah dan tidak benar sama sekali.

“Saya bercakap tentang rungutan rakyat Palestin. Saya perlu bercakap benar kerana menghormati mangsa dan keluarga mereka,” ujar Guterres.



Kenyataan Guterres di UNSC menyebabkan Cohen membatalkan pertemuan dengan Guterres.

Sementara itu, Duta Israel ke PBB, Gilad Erdan menerusi kenyataan di X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter menuntut pengunduran Guterrers daripada badan dunia itu.

Erdan turut menuduh Guterres menyokong keganasan dan pembunuhan.

Setakat ini, angka dikeluarkan Kementerian Kesihatan dikendalikan Hamas di Gaza menyatakan lebih 6,500 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam terbunuh di seluruh Gaza dalam pengeboman tanpa henti Israel.



Pengeboman itu sebagai tindak balas rejim Zionis terhadap Operasi Taufan al-Aqsa oleh pejuang Hamas di wilayah yang didudukinya pada 7 Oktober lalu.

Hamas melancarkan operasi itu selepas Israel berulang kali mencemarkan Masjid al-Aqsa dan menindas rakyat Palestin. – AFP

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa



Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker