MP, Timbalan KB dituduh kes pengubahan wang haram hari ini
MP, Timbalan KB dituduh kes pengubahan wang haram hari ini
DUA individu iaitu seorang ahli Parlimen dan Timbalan Ketua Bahagian sebuah parti politik dilaporkan akan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini berhubung kes pengubahan wang haram.
Menurut laporan Sinar Harian Online yang memetik sumber, ahli Parlimen tersebut dipercayai akan berdepan lebih 15 pertuduhan melibatkan nilai berjumlah RM6 juta.
Katanya, individu tersebut akan dituduh di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001 (Akta 613).
Pada masa sama, sumber itu memaklumkan, Timbalan Ketua Bahagian sebuah parti politik itu juga akan dituduh atas kesalahan di bawah seksyen sama.
Sementara itu, individu yang sama juga akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Khamis bagi menghadapi beberapa pertuduhan dengan nilai lebih RM3 juta.
Jelasnya, kesemua pertuduhan yang akan dilakukan itu adalah di bawah seksyen sama.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut, namun enggan mengulas lanjut.
MP, Timbalan KB dituduh kes pengubahan wang haram hari ini
Baca Artikel Menarik:
- Pas tak akan masuk tong najis, Hadi tolak pelawaan Anwar
- Menantu dari neraka, sanggup heret ibu mertua keluar dari rumah [VIDEO]
- Noorkhiriah minta bersangka baik pada golongan selebriti yang ‘menikus’ isu Palestin
- Keputusan Putrajaya jadikan EV kenderaan rasmi dibidas
- Lelaki Hindu terharu dapat nota daripada imam, ajak jumpa di Palestin
- Pejuang Hamas bukan mudah dikalahkan IDF
- Bagus cara Rafidah Ibrahim sampaikan ilmu agama (Video)
- Punca Siti Jamumall bercerai
- Shila Amzah halau kekasih Syafiq keluar banglo miliknya
- Baby Shima perjelas letak bendera Israel di pipi
- Pelaku rakam saya sedang mandi – Sara Daewoo
- Ini kenapa Mesir, Jordan enggan terima pelarian Palestin
- Sedan baharu PROTON bakal saingi Honda City dan Toyota Vios
- Naqiu jangan galak bersentuhan, contohilah Tomok
- Awal Ashaari disindir takut hilang ‘job’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET