Saya bernasib baik ISA telah dimansuhkan dan saya masih belum didakwa terlibat dalam kes liwat – Najib

Amat ketara bahawa kerajaan PH hari ini menggunakan segala kuasa kerajaan, agensi kerajaan dan media di bawah kawalan mereka untuk terus mempengaruhi pemikiran rakyat demi memburukkan nama saya biarpun kes 1MDB menunggu perbicaraan di mahkamah.

Terbaru ialah dakwaan melalui kenyataaan media Jabatan Audit Negara pada pagi Ahad bahawa bekas pegawai saya pada awal tahun 2016 pernah cuba untuk menyembunyikan fakta bahawa Jho Low pernah menghadiri satu mesyuarat di 1MDB.

Selepas saya tiba dari Pekan melalui perjalanan kereta petang tadi, saya telah meminta peguam saya untuk mengeluarkan kenyataan bagi membalas dakwaan terbaru ini.

Saya akan muatkan di FB saya sebentar lagi.



Jika kita lihat secara teliti dan matang, Kementerian Kewangan di byawah saya telah menjawab melalui jawapan bertulis di Parlimen pada 21 Disember 2015 untuk mengesahkan bahawa Jho Low pernah menghadiri satu mesyuarat 1MDB tetapi hadir dalam kapasiti mewakili syarikat PetroSaudi dan bagi pihak Putera Turki.

Sebelum itu juga, fakta ini juga telah disahkan, dijelaskan dan dibincangkan di prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 25 November 2015.

Kedua-dua pendedahan ini sudah berlaku sebelum tarikh yang didakwa oleh kenyataan media Jabatan Audit Negara bahawa berlakunya cubaan untuk menyembunyikan nama Jho Low di dalam laporan Audit Negara.

Amat jelas, tiada sebarang cubaan oleh kerajaan lalu untuk menyembunyikan dari ahli PAC ataupun dari rakyat tentang kehadiran Jho Low dalam salah satu mesyuarat 1MDB.



Saya bernasib baik ISA telah dimansuhkan dan saya masih belum didakwa terlibat dalam kes liwat.

Najib Razak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker