Lima beranak sesak nafas terhidu gas dalam kereta

Lima beranak sesak nafas terhidu gas dalam kereta

Seremban: Lima beranak termasuk tiga kanak-kanak sesak nafas selepas dipercayai terhidu gas karbon monoksida di dalam kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Seremban-Tampin, berhampiran Kawasan Perindustrian Ringan Senawang, petang ini.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, kereta Honda dinaiki mangsa itu dipercayai mengalami kebocoran gas ketika berhenti di lampu isyarat.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Senawang, Mohd Hidayat Basly berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.35 petang daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian.

“Sebaik tiba, kami dapati lima individu berusia antara empat hingga 33 tahun mengalami sesak nafas dan pedih mata dipercayai terhidu gas karbon monoksida di dalam kereta yang berhenti di lampu isyarat itu.

“Berdasarkan siasatan, kami mendapati berlaku kebocoran pada ekzos kereta itu sebelum gas karbon monoksida memasuki kenderaan itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, semua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk menerima rawatan.



Menurutnya, pasukan Hazmat membuat pengesanan gas di dalam kereta dan mendapati berlaku kebocoran gas, namun punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. HM

Lima beranak sesak nafas terhidu gas dalam kereta


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker