Provokasi bunyi ekzos bising, seorang lelaki dibelasah [VIDEO]

Polis menahan 24 remaja terbabit dalam pergaduhan berpunca kerana rasa tidak puas hati dengan bunyi ekzos motosikal kuat di sebuah stesen minyak di Bagan Ajam, Butterworth.

Ketua Polis Seberang Perai Utara Mohd Asri Shafie dalam kenyataan berkata suspek berusia antara 16 hingga 24 tahun dengan seorang daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau.

“Punca kejadian disebabkan tindakan provokasi mangsa sengaja membunyikan ekzos motosikal dengan kuat sehingga menghasilkan bunyi bising dalam satu perarakan keagamaan,” katanya.



Menurutnya, kes disiasat Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video yang memaparkan seorang lelaki dipukul sekumpulan yang lain di stesen minyak tersebut hingga mengalami kecederaan di kepala.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker