Malaysia gesa koridor bantuan kemanusiaan digerakkan – Anwar

Malaysia gesa koridor bantuan kemanusiaan digerakkan – Anwar

Malaysia menggesa agar koridor bantuan kemanusiaan mesti segera digerakkan bagi memudahkan kemasukan bantuan makanan dan perubatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa prinsip dan hukum antarabangsa mesti diperteguh selain mengecam kemunafikan komuniti antarabangsa terhadap pencabulan hak asasi manusia dan pembantaian ke atas warga Palestin.



Perkara itu dimaklumkan ketika Anwar hadir di Sidang Kemuncak ASEAN-GCC di Riyadh, Arab Saudi hari ini.

“Saya mulakan pernyataan negara dengan menyatakan penghargaan kepada Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi Muhammad Bin Salman kerana mengambil inisiatif yang menggabungkan dua ketumbukan yakni negara-negara ASEAN dan negara-negara teluk.

“Kerajaan Arab Saudi juga telah lebih awal mengambil inisiatif yang sama berkaitan Palestin di peringkat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) beberapa hari yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook tadi.

Selain itu, Anwar berkata, hal Palestin ternyata menjadi tumpuan utama tatkala persidangan itu diadakan semasa Palestin, terutamanya Semenanjung Gaza terus dibedil tanpa henti dan meletakkan kedudukan hak, harta dan nyawa warga Palestin semakin terancam.



“Menyekat akses kepada keperluan asas ternyata memburukkan keadaan.

“Malaysia sekali lagi menekankan bahawa rakyat Palestin mesti dikembalikan haknya, diiktiraf hak kenegaraannya, dan juga mengakui sempadan pra-1967 dengan Jerusalem Timur sebagai ibu negara,” ujarnya.

Dalam pada itu Anwar turut menyentuh mengenai hubungan istimewa ASEAN-GCC serta tantangan yang melingkunginya terutamanya aspek geopolitik yang pasti mengesankan hubungan ekonomi antara kedua-dua benua, dan ia mesti segera didepani bagi memaksimakan potensi ekonomi.

“Saya mengakhiri pernyataan saya dengan mengusulkan ASEAN-GCC Comprehensive Economic Partnership Agreement (CEPA) sebagai langkah ke depan demi rakyat kedua-dua rantau dan akan menjadi perjanjian hubungan perdagangan bebas (FTA) yang pertama yang akan menggabungkan ASEAN dan negara-negara Teluk,” tambahnya. K Online



Malaysia gesa koridor bantuan kemanusiaan digerakkan – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker