Tuduh suami curi duit, rupanya staf kesayangan punya kerja – Puteri Kasim (Video)

Tuduh suami curi duit, rupanya staf kesayangan punya kerja – Puteri Kasim (Video)

Disebabkan terlalu mempercayai pekerjanya sendiri, seorang usahawan atas talian dipercayai jatuh miskin selepas wang syarikat kepunyaannya disonglap sebanyak RM400,000.

Lebih teruk, syarikat yang diusahakan atas usaha titik peluhnya mengalami kerugian besar dan hampir gulung tikar disebabkan perbuatan khianat pekerjanya itu.



Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, usahawan bernama Puteri Kasim atau lebih dikenali sebagai Mommy PK itu menjelaskan bahawa perbuatan khianat itu mula terbongkar selepas suami kepada pekerjanya itu mendakwa wanita berkenaan meminta untuk diceraikan selepas mempunyai banyak duit.

Suaminya itu berasa hairan kerana syarikat kepunyaan Mommy PK sedang berdepan dengan krisis ekonomi yang sangat teruk.

Macam mana boleh kantoi? Dia adalah personal assistant (PA) merangap pengurus syarikat saya. Korang bayangkan di saat saya susah dia boleh pula beli rumah, beli kereta. Padahal saya dah nak tutup syarikat dah ni.

Benda khianat dia ni tak akan terbongkar, tak akan terbuka kalau dia tak minta cerai dengan suami dia. Tapi Allah nak tunjuk kan? Jadi suami dia tak nak ceraikan dia sebab nak pulihkan hubungan rumah tangga.



Saya pun jumpa suami dia dan apa yang suami dia cakap ialah, ‘Saya ni peliklah mana dia dapat duit banyak macam ni, dia mula berubah lepas dia ada banyak duit’.

Selepas mendengar penjelasan dari suami pekerjanya itu, Mommy PK terus mengambil semula telefon syarikat yang dipegang dan dari situ segala rahsia mula terbongkar.

Setelah diselidiki, pekerja usahawan itu didakwa mencuri wang hasil jualan jamu yang diusahakannya.

Sementara itu, Mommy PK mendedahkan bahawa pekerjanya itu sanggup menipu segala maklumat di dalam resumenya untuk mencari pekerjaan baharu selepas mencuri hampir RM400,000 wang syarikat menerusi ciapan yang dibuatnya di aplikasi X.



Dia dah buat resume baru, siap tipu nombor telefon HR lagi, dia punya keberanian tu aku memang tabik.

Kalau aku kat tempat dia, benda dah viral macam ni aku tak boleh bernafas dah, kau memang luar biasalah.

Tambah usahawan itu lagi, dia tidak percaya dikhianati oleh individu yang sangat dipercayai.

Menurutnya, dia menyerahkan segala tugas kepada pekerjanya itu selepas dirinya mengalami gejala sakit dipercayai akibat disihir.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihatkan Mommy PK untuk meneruskan dengan tindakan undang-undang dan meminta agar pekerjanya itu membayar semua ganti rugi yang telah digunakannya.

Mereka juga menitipkan ucapan buat usahawan itu untuk terus kuat dan tabah menghadapi ujian ini.
Sumber: TikTok, Aplikasi X

[videopress QikGieTu]

Tuduh suami curi duit, rupanya staf kesayangan punya kerja – Puteri Kasim (Video)

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri



Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker