Ibu negara banjir kilat: Trafik sesak, perlahan hampir semua pelosok

Trafik kelihatan perlahan dan sesak akibat hujan lebat sehingga menyebabkan banjir kilat di beberapa lokasi di sekitar ibu negara.

Menerusi hantaran Info Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Facebook setakat pukul 5.32 petang tadi, trafik kelihatan sesak di Jalan Kinabalu, Jalan Pahang, Jalan Ampang dan Jalan Pudu.

“Trafik turut dilaporkan sesak di Jalan Melaka, Jalan Parlimen, Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Cheras dan Jalan Chan Sow Lin.



“Kesesakan turut berlaku di Jalan Damansara, Jalan Bangsar dan Jalan Syed Putra,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir di 10 negeri malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan menerusi Facebook berkata, antara negeri terlibat adalah Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita



Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil



Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker