Afnan Hamimi Ketua Pemuda PAS baharu, Ketua Dewan Muslimat kekal muka lama

Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS baharu, manakala Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Salleh mengekalkan jawatannya bagi penggal 2023-2025.

Kedua-duanya menang tanpa bertanding pada pemilihan itu selepas tiada individu mengemukakan pencalonan bagi dua jawatan tertinggi sayap PAS.

Afnan menang tanpa bertanding selepas tiada calon menghantarkan pencalonan bagi merebut jawatan itu termasuk penyandang jawatan itu yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.



Ahmad Fadhli menerajui sayap kanan PAS berkenaan selama sepenggal.

Sementara itu, dua jawatan utama dalam Jawatankuasa Dewan Muslimat turut memang tanpa bertanding.

Dr Rosni Adam dipilih sebagai Timbalan Ketua Dewan Muslimat, manakala Salamiah Mohd Noor kekal sebagai Naib Presiden.

Bagi jawatan ahli jawatankuasa kerja Dewan Muslimat PAS, seramai 12 orang menang tanpa bertanding.



Mereka adalah Asmak Hussin, Mardhiah Hayati Salleh, Datuk Mumtaz Md Nawi, DrNajihatussalehah Ahmad, Noraini Hussin, Norhafiza Fadzil, Reen Mohd Amin, Datuk Siti Ashah Ghazali, Dr Uyun Malek, Dr Wahibah Tahir, Dr Wan Hasrina Wan Hassan dan Zuraida Md Noor.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Hafez Sabri dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS, manakala Muhammad Hanif Jamaluddin dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda.

Kedua-duanya menang tanpa bertanding, manakala 12 ahli jawatankuasa (AJK) dipilih daripada 15 calon yang bertanding.

Mereka yang dipilih adalah Khairul Nadzir Helmi Azhar, Abdul Malik Ab Razak, Wan Abu Bakar Wan Mahussin, Muhd Khidhir Izaidin, Yusof Abdul Hadi, Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir, Mohd Harun Esa, Muhammad Faizuddin Mohd Zai, Mohd Aizat Zakaria, Muhammad Abdul Malik Abdul Karim, Hendri Hamshah dan Muhammad Afiq Mazlan.



Daripada 12 senarai AJK baharu itu, empat daripadanya adalah muka baharu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri



Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker