Berlumba motosikal, pelajar kolej maut rakan patah kaki

Pelajar sebuah kolej vokasional maut manakala rakan sekampungnya patah kaki kanan dalam perlumbaan motosikal di kilometer (KM) 59, Jalan Kota Tinggi – Kluang, dekat Felda Ulu Penggeli di Kluang Johor. Foto tular

Pelajar sebuah kolej vokasional maut manakala rakan sekampungnya patah kaki kanan dalam perlumbaan motosikal di kilometer (KM) 59, Jalan Kota Tinggi – Kluang, dekat Felda Ulu Penggeli, di sini 10.15 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata mangsa yang maut berusia 16 tahun bersama rakannya yang berusia 18 tahun masing-masing menunggang motosikal Yamaha LC bertembung sebuah Perodua Myvi di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati ketiga-tiga kenderaan dari arah Kluang menghala ke Kota Tinggi.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dan rakannya dipercayai sedang berlumba, lalu hilang kawalan hingga melanggar belakang Perodua Myvi.



“Kenderaan dipandu seorang lelaki berusia 33 tahun ketika itu sedang memperlahankan kenderaannya untuk membelok ke simpang di sebelah kanan jalan.

“Akibat dari pelanggaran itu, penunggang berusia 16 tahun meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya patah kaki kanan, luka-luka di muka manakala pemandu kereta tiada kecederaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita



Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil



Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker