Perkongsian Siti Nurhaliza mengenai Palestin mula disekat

Perkongsian Siti Nurhaliza mengenai Palestin mula disekat

PENYANYI tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza antara selebriti tempatan yang terawal dan banyak berkongsi mengenai Palestin di media sosial.

Bagaimanapun Siti Nurhaliza menerusi Instastory miliknya memaklumkan beberapa perkongsian yang dimuat naik sebelum ini melibatkan kesengsaraan rakyat Palestin sudah mula disekat.



Hal tersebut tidak menghalang atau membuat Siti Nurhaliza berhenti untuk terus menyebarkan kesedaran mengenai penderitaan saudara sesama Islam di Palestin.

“Posting saya mengenai Palestin di IG feed sudah mula kena block. Tak mengapa, usaha diteruskan,” maklumnya.

Dalam perkongsian yang sama, pelantun lagu Cindai itu turut meninggalkan pautan laman sesawang untuk orang ramai menderma kepada tabung bantuan khas Palestin.

Terdahulu, Siti menerima pujian netizen apabila dia dilihat giat memuat naik hantaran memberikan kesedaran mengenai pergolakan yang berlaku di Palestin.



Menurut seorang netizen, meskipun Siti baru sahaja melancarkan dua muzik video terbaharu, namun dia lebih mementingkan berita mengenai saudara sesama Islam yang ketika ini berperang dengan tentera Israel berbanding mempromosikan karyanya. Gempak

Perkongsian Siti Nurhaliza mengenai Palestin mula disekat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri



Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker