Pan Gon takut, tak boleh tidur

Pan Gon takut, tak boleh tidur

Peningkatan mendadak diperagakan skuad Harimau Malaya hanya dalam tempoh setahun setengah diakui Kim Pan Gon menakutkan dirinya.

Jurulatih dari Korea Selatan itu membawa skuad negara daripada tangga ke-154 untuk mendaki sehingga kedudukan ke-134 dunia buat masa ini selain layak ke Piala Asia 2023 secara merit.



“Kita meningkat terlalu mendadak dan ini membuatkan saya takut. Kita mencapai tangga ke-134 dunia terlalu pantas dan ini menyebabkan jangkaan terlalu tinggi diletakkan kepada kita.

“Saya tidak boleh tidur sebelum aksi menentang India di ranking ke-102 dunia. Saya terfikir jika kita kalah (lawan India), kita tidak akan beraksi pada perlawanan kedua.

“Saya tertekan, tidak boleh tidur sebelum menentang Tajikistan kerana semua orang berfikir yang kita akan menang. Chef di hotel juga menganggap kita akan menang.

“Saya bermula dengan kedudukan sekitar 154 dan kini kita berada pada kedudukan 134 hanya dalam tempoh setahun setengah.



“Tetapi kita perlu bersabar dan tidak boleh goyah (dengan kekalahan Pestabola Merdeka 2023). Kami akan cuba membuatkan anda berbangga dengan persembahan kami,” kata Pan Gon.

Terdahulu, Malaysia kempunan untuk merangkul trofi Pestabola Merdeka 2023 apabila tewas 0-2 di tangan Tajikistan pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Ini menyaksikan skuad negara terus kemarau untuk merangkul sebarang trofi selepas kali terakhir memenangi trofi Piala AFF 2010 di bawah kendalian Datuk K Rajagobal.

Mengulas lanjut aksi final, Pan Gon menegaskan tiada apa yang perlu dirungutkan olehnya memandangkan pemain sudah memberikan yang terbaik meskipun kemenangan tidak berpihak kepada mereka.



“Pemain bekerja begitu keras dan walaupun ada kesilapan daripada pemain, saya lebih banyak melakukan kesilapan berbanding mereka iaitu kesilapan dari segi perancangan, pemilihan kesebelasan utama dan pemain gantian.

“Kita berdepan tekanan yang tinggi untuk bergelar juara tetapi apa yang patut kita lakukan adalah belajar daripada kesilapan ini daripada mengkritik mereka yang membuat kesilapan,” kata Pan Gon. BH

Pan Gon takut, tak boleh tidur

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Korang punca, semua rahsia dalam poket aku” – Ramli MS

PU Abu cerai 2 isterinya



Janna Nick dan Izzue Islam dikritik perlekeh GV10

Sarimah tegur pengacara mana tu?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker