Sabri Yunus sah suami Angeline Tan

Sabri Yunus sah suami Angeline Tan

Dengan sekali lafaz, pelakon dan pengarah Sabri Yunus sah bergelar suami kepada aktres Angeline Tan, pagi tadi.

Pasangan merpati dua sejoli itu dinikahkan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.



Majlis yang berlangsung sederhana itu menyaksikan Sabri atau nama sebenarnya Mohd Sabri Yunus, 63, menyerahkan mas kahwin berbentuk seutas rantai emas.

Bintang Pokya Cong Codei itu kelihatan segak mengenakan baju Melayu putih di samping suri hatinya yang anggun menggayakan baju kurung moden warna senada.

Difahamkan majlis akad nikah itu hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat kedua-dua pengantin.

Akui Sabri, mereka sudah tiga tahun merancang untuk mendirikan rumah tangga namun menunggu kesediaan Angeline untuk memeluk Islam.



“Alhamdulillah, benar kami baru sahaja bernikah sebentar tadi. Tak tahu macam mana nak cerita, tetapi kami berdua bersyukur majlis pernikahan ini dipermudahkan.

“Kami sudah kenal lama, sejak 1992 lagi. Tetapi kami mula betul-betul rapat tiga tahun lalu. Malah, dua-dua pun pernah merasakan kehilangan. Susah senang, sihat sakit saling menemani.

“Tetapi saya tunggu dia untuk sedia peluk Islam. Alhamdulillah, awal Oktober hari itu dia memeluk Islam dan kami terus merancang untuk menikah hari ini,” tuturnya teruja.

Susulan itu, rata-rata netizen terkejut dengan berita gembira tersebut selain mengucapkan tahniah kepada kedua pasangan pengantin.



“Tahniah Pokya Cong Codei, tak sangka berlakon bersama terus jatuh cinta, memang hebat Pokya,” komen seorang peminat.

“Tiada angin tiada ribut, tahu-tahu dah kahwin, tahniah abang Sabri dan Angeline, moga abang Sabri dapat bimbing isteri ke jalan Allah,” demikian komen seorang peminat.

Menyingkap perkenalan dengan Sabri, mereka bergandingan dalam drama Pak Din KK sebaik Angeline menyertai sebuah syarikat produksi cina pada 1992.

Suaminya yang memegang watak bos, manakala dirinya menggalas peranan sebagai kerani dianggap sebagai guru pertama dalam arena lakonan memandangkan dirinya ketika itu baru berjinak-jinak sebagai pelakon.



Setahun kemudian mereka bersatu dalam sitkom arahan Othman Hafsham, Pi Mai Pi Mai Tang Tu sehingga drama pentas itu berakhir pada tahun 2000.

Namun, keakraban antara Angeline yang hingga kini kekal dipanggil Lucy, sementara Sabri selaku penggalas watak Wan Ismail Golok terus berkekalan hingga bergelar suami isteri. K Online

Sabri Yunus sah suami Angeline Tan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit



Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker