Nama Islam Angeline Tan adalah Ardini – Sabri Yunus

Nama Islam Angeline Tan adalah Ardini – Sabri Yunus

Pelakon dan pengarah Sabri Yunus mendedahkan nama Ardini secara spontan mucul dalam fikiran sebaik sahaja isterinya, aktres Angeline Tan sah melafazkan syahadah pada 26 September lalu.

Akui Sabri, dia hanya mengambil masa dua hingga tiga minit bagi mendapatkan nama tersebut kerana mahukan nama Islam suri hatinya itu bermula dengan abjad A.

“Ardini itu saya sendiri yang pilih selepas pihak pejabat agama minta kami pilih satu nama untuk didaftarkan. Dalam tempoh dua ke tiga minit sahaja, terlintas nama itu bertepatan dengan maksudnya iaitu isteri yang menyayangi.

“Saya sengaja mencari nama bermula dengan huruf A sebab nama asal isteri saya pun memang Angeline, syukur Allah ilhamkan nama itu dalam fikiran saya.

“Semasa proses Angeline memeluk Islam pada 26 September lalu di Kelantan pun semuanya dipermudahkan, Alhamdullilah, benda baik Allah akan tolong,” katanya.

Ditanya mengenai bibit cinta dengan aktres yang juga bekas ratu cantik itu, Sabri berkata, mereka mula intim tiga tahun lalu biarpun sudah berlakon bersama sejak 1992.

“Saya jenis orang yang tak suka berkawan rapat, sekadar suka-suka sahaja. Kalau rapat saya mahu berkahwin terus.

“Saya ada suarakan isi hati, tetapi tak mendesak lebih-lebih lagi memaksanya menukar agama. Perkara ini memerlukan keikhlasan selain perlu diberikan sama untuk berfikir sama ada terima ataupun menolak,” ujarnya.

Mengulas foto isterinya berhijab baru-baru ini, aktor berusia 62 tahun itu menjelaskan Angeline berpenampilan begitu bagi memenuhui tuntutan watak atau menghadiri majlis tertentu.

“Setakat ini, Angeline belum berhijab sepenuhnya. Saya tak mahu paksa. Dalam hal ini, biarlah dia buat dengan hati yang terbuka, atas kehendak hatinya,” kata penghibur serba boleh itu.

Aktor yang terkenal dengan watak Pok Ya Cong Codei itu turut berkongsi, Angeline banyak mendalami dan menghayati Islam melalui video ceramah Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menerusi platform TikTok dan YouTube.

“Dia memang jenis nak ambil tahu, soal tukar agama bukannya perkara kecil, perlu ada pemahaman yang tinggi dalam mengenal agama. Dia banyak rujuk video Mufti Perlis,” katanya.

Sabri dan Angeline dinikahkan Mohd Asri di Perlis, pagi tadi dengan bersaksikan keluarga dan teman rapat dalam sebuah majlis tertutup.

Menyingkap perkenalan pasangan selebriti itu, mereka pernah bergandingan dalam drama Pak Din KK apabila Angeline menyertai sebuah syarikat produksi cina pada 1992.

Sabri dianggap Angeline sebagai guru pertama memandangkan ketika itu baru berjinak-jinak dalam dunia lakonan.

Setahun kemudian mereka bergandingan lagi dalam sitkom arahan Othman Hafsham, Pi Mai Pi Mai Tang Tu sehingga drama pentas itu berakhir sekitar tahun 2000.

Persabatan penggalas watak Wan Ismail Golok serta Lucy terus kekal akrab sehingga terbit bunga-bunga cinta dan seterusnya memateri ikatan sebagai suami isteri.

Sabri sebelum ini kehilangan isteri, Norraya Mohd Yusuf pada 2007 akibat kanser. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Sementara Angeline pula memiliki dua anak daripada perkahwinan terdahulu. K Online

Nama Islam Angeline Tan adalah Ardini – Sabri Yunus

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker