Kenapa Hamas serang Israel?
Kenapa Hamas serang Israel?
Oleh Prof Dr Mohd Mizan Aslam
Dunia secara umumnya terkejut dengan apa yang berlaku di Gaza ketika ini, pertembungan Israel dan Palestin yang belum pernah disaksikan oleh sejarah manusia moden.
Serangan Hamas dilakukan secara mengejut, kekuatan yang dimiliki oleh Hamas tidak terbanding dengan keupayaan ketenteraan dan aset yang maju, sofistikated dan dibantu oleh sekutu rapat mereka, negara Barat yang diketuai Amerika.
Hamas adalah pejuang yang berada dalam Gaza, bukan sebahagian daripada kerajaan hari ini, akan tetapi mempunyai satu keupayaan yang luar biasa dalam kapasiti yang amat terhad.
Mendapatkan semula tanah yang dirampas
Selain daripada keupayaan Hamas, persoalannya di sini adalah mengapa Hamas melakukan serangan ke atas selatan Israel?
Serangan ini dilakukan untuk mendapatkan semula tanah penduduk Palestin yang diceroboh dan dirampas secara haram oleh rejim Zionis Yahudi tajaan Israel.
Sejak tertubuhnya negara haram Israel pada 1947 melalui perjanjian Balfour, sejak itulah negara Palestin cuba dipadamkan dari peta dunia. Malah hasil perjanjian persempadanan yang dimeterai pada 1967 selepas perang Arab-Israel tidak pernah dipatuhi oleh Israel.
Hingga kini, Israel berterusan menceroboh masuk ke tanah penduduk Palestin, merampas dari mereka yang telah mendudukinya sejak ratusan tahun lalu malah menakluki secara kejam rumah dan harta benda yang dimiliki oleh masyarakat Palestin.
Setiap kali rampasan di lakukan oleh rejim Zionis Israel, maka akan berlakulah penentangan kaum yang tertindas, natijahnya penduduk Palestin akan terbunuh dek tindakan ganas askar Israel yang datang bersama penceroboh tersebut.
Setiap kali perkara ini dibawa ke muka pengadilan, ia akan berakhir dengan kekalahan di pihak Palestin atas sistem mahkamah yang pincang dan berat sebelah.
Palestin tidak mempunyai saluran, membesar dengan situasi sebegini dan menyimpan perasaan benci dan dendam yang tidak berkesudahan. Natijahnya adalah dengan memberikan sokongan kepada pejuang Hamas jika pun tidak menyertai mereka.
Walaupun Palestin hampir pasti tidak akan mendapatkan semula tanah mereka, akan tetapi dalam serangan ini mereka berjaya membuktikan bahawa kemampuan golongan tertindas dan dizalimi sejak sekian lama tidak boleh dipandang sebelah mata.
Bagi mereka mati atas dasar mempertahankan tanah air sendiri dari ditakluki oleh golongan penjajah adalah kematian yang terpuji better die in honour than live with shame.
Halangan dan pencerobohan Al-Aqsa
Tidak dapat dinafikan masyarakat Palestin dan umat Islam seluruhnya sentiasa dihalang oleh Israel dari mengunjungi dan beribadat di Al-Aqsa.
Malah saban tahun terutamanya di kala Ramadan, tentera Israel akan menceroboh Al-Aqsa, dengan biadabnya mereka masuk berkasut, memijak lantai masjid yang suci, menembak dalam masjid, menangkap dan melakukan kekerasan di sebuah rumah ibadat yang jelas dilarang dalam mana-mana agama dan juga termasuk dalam ‘Konvensyen Geneva’ sebagai antara premis yang tidak boleh dimusnah atau dicerobohi dalam peperangan. Akan tetapi perkara ini tidak pernah diendahkan oleh rejim Yahudi.
Setiap kali pencerobohan dilakukan oleh Israel, pastinya berlaku penentangan dan akan berakhir dengan kematian. Dicatatkan setiap tahun secara puratanya 1,200 hingga 2,500 masyarakat Palestin mati dek kekejaman Yahudi dalam banyak bentuk penentangan yang berlaku dek provokasi Yahudi terutamanya dalam kes terkait Al-Aqsa.
Hamas yang melihat perkara ini sejak lama, menyimpan segala kekuatan yang ada untuk bertindak balas dalam masa yang tepat, maka kejadian serangan terbaharu ini jelas adalah produk hasil kekejaman berterusan yang dilakukan oleh rejim Zionis pada masyarakat Islam di Palestin dan juga menafikan hak umat Islam seluruhnya.
Solusi?
Tidak akan ada keamanan di Palestin selagi Israel tidak memulangkan tanah yang dirampas daripada masyarakat Palestin dan mengembalikan semula Jerusalem Timur sebagai ibu kota Palestin.
Dengan melakukan serangan bagai nak gila di Palestin, meruntuhkan semua bangunan di Gaza mahupun membunuh ribuan Palestin, akan tetapi isu ini tidak selesai, selagi asas atau akar umbi permasalahan ini tidak disantuni maka selagi itulah Asia Barat dan Palestin-Israel ini tidak akan aman.
Cukuplah bertelagah, kembalilah ke meja rundingan. PBB perlu membawa masuk askar pengaman dan menyerahkan kawalan sempadan kepada Palestin. Segala bentuk bantuan perlu disalurkan tanpa kompromi dan pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu diadili sewajarnya.
Dunia mesti bertanggungjawab terutamanya dasar luar Amerika di Asia Barat yang jelas sejak dulu adalah semata-mata melindungi kepentingan Israel. Malah Britain juga sepatutnya dipertanggungjawabkan sebagai pencetus masalah berpanjangan ini melalui penubuhan negara haram Israel yang dilakukan secara bersendirian.
Asia Barat berada dalam keadaan aman di bawah pemerintahan Uthmaniyyah suatu masa dulu, sejak berakhirnya pemerintahan Turki Uthmaniyyah, imperialis menjadikan dunia ini berpecah- belah dan dalam krisis berpanjangan. Fikir-fikirkanlah. HM
Penulis Profesor di Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Kenapa Hamas serang Israel?
Baca Artikel Menarik:
- Marah diperli jiran punca lelaki letupkan bom
- Sorok beras tempatan, kilang di Kedah disita
- Keselamatan Roger Ng dalam bahaya – IGP
- Suami terkejut isteri buat servis di laman web lucah
- Gaza dikepung, penduduk tanpa bahan api, ubat, makanan
- Pasangan suami isteri pelajar USIM, 4 anak maut serangan Israel di Gaza
- Saya sudah cuba… Tapi gagal – Mawar Rashid
- 2 leftenan Kolonel didakwa cabul gadis kedi golf
- Presiden Palestin Abbas mohon bantuan Presiden Rusia untuk hadapi Israel
- Buat laporan tentang pemandu mabuk, dipersendakan pulak?
- Siapa GF Naim Daniel, Iman Troye ke Sissy Iman?
- Mais selar dakwaan Dusuki
- Bayaran Janna Nick tahap diva, tak mampu nak bayar
- Have fun jaja cerita cerai saya – Nadia Annuar
- Kahwinlah Anju, elak buat dosa, nasihat netizen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis
You must be logged in to post a comment.