Kahwini abang ipar sendiri, wanita rasa bahagia

Seorang wanita Depok, wilayah Jawa Barat yang pernah tular kerana mengahwini abang ipar sendiri setelah kakaknya meninggal dunia, sekali lagi menjadi perhatian selepas dia berkongsi perkembangan terbaharu keluarga mereka, lapor laman berita Thaiger semalam.

Rafida Sonia, 24, mula mencuri perhatian ramai tahun lalu selepas dia berkongsi  video majlis perkahwinan arwah kakaknya yang berlangsung pada 2014.

Dalam masa sama, dia memuat naik video majlis pertunangannya dengan lelaki  sama iaitu abang iparnya sendiri.



Menurut Rafida, kakaknya meninggal dunia selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga bersama abang iparnya yang kini merupakan suaminya. Arwah meninggalkan seorang anak.

Bagi memastikan anak tersebut tidak berasa kekurangan kasih sayang seorang ibu, abang iparnya membuat keputusan mengahwini Rafida, memandangkan wanita tersebut mempunyai hubungan rapat dengan kanak-kanak itu.

Kini, Rafida berkongsi kehidupan bahagia mereka setelah berumah tangga yang sekali lagi mendapat perhatian pengguna media sosial.

Dia berkongsib gambar-gambar yang menunjukkan kehidupannya sebagai seorang ibu dengan menjaga anak saudaranya yang kini anak tirinya.



“Setiap kali kami merindui kakak, kami berdoa untuknya di mana-mana sahaja selain turut menziarahi kuburnya bersama-sama.

“Gambar kakak turut diletakkan di rumah supaya anaknya sentiasa mengingati wajah ibunya,” kata Rafida. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit



Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker