Saya hanya sampaikan amanat KPN, Timbalan – Shuhaily

Saya hanya sampaikan amanat KPN, Timbalan – Shuhaily

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain menyifatkan ucapannya yang tular di media sosial hanya menyambung saranan yang dikemukakan Timbalan Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negara sebelum ini.

Beliau menegaskan, video berkenaan dimuat naik di aplikasi TikTok jabatan ini bagi memastikan amanat berkenaan sampai kepada 10,000 anggota dan pegawai yang bertugas di bahagian jenayah.

“Saya hanya dapat berjumpa dengan 130 pegawai sedangkan saya ada 10,000 anggota dan pegawai dalam jabatan ini.

“Apabila dimuat naik, masyarakat memberikan respons dan ini menunjukkan berapa ramai yang tahu (perkara ini) cuma orang tidak bercakap perkara itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Mohd. Shuhaily, beliau tidak pernah melarang mana-mana pegawai dan anggotanya memakai kenderaan mewah asalkan ia dari sumber kewangan yang betul.

“Sekiranya mereka mampu, buat pengisytiharan dan beri sebab ia mampu.

“Saya tidak melarang kalau beli kereta dengan sumber kewangan yang sah, siapa saya untuk melarang mereka miliki kereta berkenaan,” tegasnya.

Dalam pada itu, Mohd. Shuhaily, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sentiasa membuka ruang kepada mana-mana anggota dan pegawai polis yang berminat bertugas di jawatan-jawatan sensitif bersedia melalui tapisan termasuk melakukan pengisytiharan harta.

Antara jawatan sensitif yang akan ditapis iaitu Pegawai Risikan dan Operasi, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) dan pegawai di Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7).

Tegas beliau, mereka yang memegang jawatan sensitif ini akan ditapis terlebih bagi memastikan tahap integriti yang tinggi.

“Saya telah membuat tawaran terbuka kepada mana-mana pegawai dan anggota yang ingin menjawat jawatan sensitif itu sila kemuka surat permohonan.

“Sudah pasti, audit berterusan akan dilakukan kepada mereka yang ada dalam unit sensitif ini yang mana akan dilakukan setahun sekali,” katanya.

Sabtu lalu, satu klip video Majlis Amanat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, tular di media sosial selepas dimuat naik jabatan itu.

Majlis amanat itu dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kontinjen dan Ketua-Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) seluruh negara.

Klip video majlis itu yang dimuat naik di Facebook rasmi PDRM memaparkan Mohd Shuhaily memberi amaran keras terhadap pegawai bawahannya supaya berhenti bersekongkol dengan sindiket jenayah. Utusan

Saya hanya sampaikan amanat KPN, Timbalan – Shuhaily

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas

Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi

Noniswara terima untuk bermadu

Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker