Aishah nak cari lelaki berduit?

KUALA LUMPUR: Kalau ikutkan rasa hati, perkataan ‘kahwin’ sudah lama dibuang jauh dalam kamus hidupnya.

Selepas melalui episod perceraian lebih setahun lalu, pintu menuju ke ruang hati penyanyi legenda, Datuk Aishah sudah tertutup menerima kehadiran lelaki.

Mendasari hati pemilik nama sebenar, Wan Aishah Wan Ariffin ini berkata, buat masa ini, dia tidak terfikir untuk kembali mencari pasangan hidup.

Baginya, dia sudah selesa menjalani hidup bersendirian bersama dua anak teruna dan kucing peliharaannya.

“Saya tiada masa mahu mencari pengganti. Saya gembira hidup seorang. Dan rasanya lelaki pun tak berani nak dekati saya sebab saya garang.

“Malas nak fikir soal jodoh, buat pening kepala sahaja. Mungkin orang lain kalau nak kahwin, mereka mahukan zuriat.

“Macam saya apa lagi nak dikejar, anak-anak pun sudah besar. Elok-elok saya boleh rehat, bila kahwin nak kena urus makan pakai suami.

“Saya tak mahulah,” ujar Aishah berterus-terang kepada BH Online.

Bagaimanapun, jika ditakdirkan bakal bertemu jodoh penyanyi Kemaafan Dendam Yang Terindah itu berharap biarlah lelaki itu seorang yang mempunyai kedudukan stabil, berduit dan mampu memberi kesenangan dalam hidup.

“Saya sokong kenyataan pelakon sensasi, Zarina Anjoulie dan nak ikut jejak langkahnya yang mahu lelaki berduit dan mampu menyara kehidupannya jika mahu menjadikannya isteri.

“Saya cakap berdasarkan pengalaman. Kalau betul berlaku, saya sudah boleh goyang kaki dan berhenti menyanyi,” katanya sambil tertawa.

Sebelum ini, peserta Gegar Vaganza 10 ini sering memuat naik perjalanan karier seninya dalam media sosial. Antaranya, proses rakaman album studio terbaharu.

Bagaimanapun, hingga hari ini, berita mengenai album langsung tidak kedengaran, sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminatnya.

 

Aishah reda sekiranya album baharunya tidak dilancarkan memandangkan masih tunggu keputusan penerbit. - Foto IG Aishah
Aishah reda sekiranya album baharunya tidak dilancarkan memandangkan masih tunggu keputusan penerbit. – Foto IG Aishah

 

Menjawab persoalan itu, penyanyi bervokal nyaring ini berkata, tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai status terkini album itu.

“Album ini memang sudah siap sejak beberapa bulan lalu. Video muzik pun sudah menjalani penggambaran.

“Saya ada bertanyakan mengenai status album ini kepada penerbitnya, Chevy Amri sebelum ini.

“Kalau boleh biarlah album ini dilancarkan segera kerana saya tak mahu mengganggu jadual promosi memandangkan saya bakal menyertai program GV.

“Bagaimanapun, saya tak terima sebarang maklum daripadanya. Memandangkan dia senyap, saya pun tiadalah nak tanya.

“Cuma, penerbit ada hubungi saya. Mungkin nak bincang pasal album. Disebabkan saya sibuk, perkara ini tergantung begitu sahaja,” ungkapnya.

Lebih selesa menyerahkan perkara itu kepada rezeki, Aishah berkata, apapun keputusan sama ada album dilancarkan ataupun tidak, dia reda dengan ketentuan takdir.

“Kalau nak lancar pun saya okay, kalau tak nak pun tak mengapa. Terpulanglah pada penerbit.

“Dia yang keluarkan belanja. Saya cuma korbankan masa dan tenaga sahaja,” luah Aishah.

Kali terakhir Aishah muncul dengan single baharu Ketentuan Takdir, tahun lalu.

Pada Februari tahun lalu, Aishah mendedahkan diceraikan dengan talak satu menerusi aplikasi WhatsApp pada 25 Disember 2021.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?

PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas

Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah

Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker