Connie selamat jalani pembedahan buang nanah di buah pinggang

KUALA LUMPUR: Pelakon popular era 1980-an, Norlida Ahmad atau Connie, 64, selamat menjalani pembedahan bagi membuang nanah sekeliling buah pinggang di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

Berita ini dikongsikan anak tunggalnya, Ally Marisha Afrina Abdullah, 24, kepada Harian Metro dengan memaklumkan pembedahan dijalani ibunya berjaya walaupun berdepan sedikit komplikasi.

“Alhamdulillah, ummi saya sudah keluar dari bilik pembedahan. Tadi, ada sedikit komplikasi, tapi syukur segala urusan pembedahan itu berjaya sepenuhnya.



“Saya mohon daripada semua agar sama-sama bantu mendoakan segala urusan kami dipermudahkan oleh Allah dan ummi saya cepat pulih. Terima kasih,” katanya menerusi kiriman mesej di WhatsApp, malam tadi.

Terdahulu, pelakon filem Tujuh Biang Keladi itu dimasukkan semula ke HTJ untuk rawatan lanjut akibat masalah buah pinggang bernanah dihidapinya pada 19 September lalu iaitu selepas 10 hari dibenarkan pulang ke rumah pada 10 September.

Difahamkan, nanah pada buah pinggang Connie semakin membesar sehingga 12 sentimeter ketika di rumah dan memerlukan dia dimasukkan untuk rawatan segera di hospital.

Ally berkata, ibunya yang pernah menjalani prosedur membuang nanah sebelum ini, tetapi hanya tiga sentimeter nanah saja kerana pembedahan itu terpaksa dihentikan berikutan berlaku komplikasi.



“Prosedur pembedahan membuang nanah pada buah pinggang ini agak bahaya juga dan doktor perlu lebih berhati-hati melakukannya. Tapi, syukurlah pembedahan kedua ummi kali ini berjaya,” katanya.

Pada Ogos lalu, Connie dimasukkan ke HTJ kerana masalah buah pinggang bernanah dan jangkitan kuman pada paru-paru serta darah yang dialaminya.

Connie turut menjalani prosedur dikenali sebagai Peripherally Inserted Central Catheter (PICC) di mana saluran dipasang ke urat jantung bagi memudahkan antibiotik dan ubat dimasukkan untuk penggunaan jangka masa panjang.

Beliau juga dilaporkan pernah mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya kerana tekanan darah rendah dan jangkitan kuman pada buah pinggang hingga lumpuh separuh badan pada 2018.



Cukup popular dan aktif dalam karier lakonannya pada era 1980-an, antara filem lain pernah dibintangi Connie ialah Bujang Lapok Kembali Daa, Suara Kekasih, Marah-Marah Sayang, Dendang Remaja dan Guru Badul.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ziela Jalil kena sabotaj?

PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas



Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah

Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker