Tersingkir dari GV10, ini kata Suki

Tersingkir dari GV10, ini kata Suki

Penyanyi, Suki Low kini kembali ke rutin normalnya sebagai ibu dan juga penyanyi selepas menjadi dua peserta terawal yang tersingkir dari program All Stars Gegar Vaganza (ASGV), semalam.

Menurut Suki, dia juga akan meneruskan kerja-kerja persembahan seninya seperti biasa.



“Ketika anak saya dapat tahu bahawa saya akan sertai ASGV, dia tahu saya akan sibuk. Jadi, sekarang, apabila sudah diumumkan tersingkir, saya dapat kembali ke rutin normal saya.

“Ada beberapa tawaran persembahan juga boleh diteruskan dan tak perlu ditolak lagi. Jadi, saya dapat buat persembahan lagi walaupun sudah tamat perjalanan di ASGV,” katanya.

Menurut Suki, pentas ASGV adalah satu pentas pertandingan yang dia sangat sayangi.

“Saya sangat sayangkan pentas ASGV ini. Ia adalah pentas yang memberi peluang kepada saya untuk menjadi kreatif. Tok Ram (Datuk Ramli MS) sebagai pengarah muzik sentiasa akan cuba membantu kami, untuk memberikan yang terbaik dalam persembahan.



“Sejujurnya, saya rasa, semua pasukan yang bekerja untuk ASGV adalah mereka yang profesional. Dari pemuzik, penata gaya sampai segalanya, semuanya sangat profesional dan mereka berikan 100 peratus komitmen kepada kerjaya ini,” katanya.

Diminta mengulas mengenai komen juri, Datuk Syafinaz Selama mengenai lagu yang dipersembahkan malam semalam, Tak Ingin Usai tidak bersesuaian dengan vokalnya, Suki punya pendapat berbeza.

“Saya pilih lagu ini kerana nada penyanyi asalnya ada persamaan dengan nada suara saya. Jadi, saya rasa boleh membawakan lagu ini. Tambahan pula, saya pernah ‘cover’ semula lagu ini di media sosial saya.

“Sebenarnya, saya ada rancangan lain yang dilakukan ketika di pentas tetapi tak dapat. Namun, saya tak mahu menjadikan itu sebagai isu atau alasan untuk saya tak berikan persembahan terbaik.



“Bila saya selesai membuat persembahan dan menilai semula persembahan, saya dapat lihat ada beberapa bahagian yang saya rasa tak okay.

“Namun, saya lihat semuanya sebagai satu proses pembelajaran. Kita perlu sedar akan kelemahan kita untuk menjadikan kita seorang individu yang lebih baik,” katanya.

Selain Suki, seorang lagi peserta ASGV yang turut tersingkir adalah Cliff Umar yang menyanyikan lagu Laskar Cinta. HM

Tersingkir dari GV10, ini kata Suki



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik



Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah



Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker