Konsert 7 gitaris yang pertama akan mengegarkan Malaysia 3 Nov ini

KUALA LUMPUR: Tidak mampu memuaskan hati semua pihak, gitaris utama kumpulan Barbarik, Jo Branko mengaku bukan mudah memilih tujuh gitaris bagi menjayakan Konsert Tujuh Vibrator Gitar di Zepp Kuala Lumpur di ibu negara, pada 3 November depan.

Jo tidak menafikan negara memiliki ramai gitaris hebat, namun, individu dipilih iaitu Man Kidal, Kid, Shah Slam, Muzza, Jemboo Def Gab C, Anis Kalisa dan dirinya, dianggap gandingan terbaik.

Namun, jika konsert menghimpunkan gitaris mendapat sambutan, Jo sedia menimbang memberi peluang kepada pemain gitar lain pada konsert kedua kelak.



Berkongsi cetusan idea mementaskan Konsert Tujuh Vibrator Gitar yang belum pernah dilakukan, Jo yang menjadi pengarah muzik acara itu, mahu menampilkan sesuatu yang berbeza.

“Saya lihat konsert lain, semuanya berkonsep sama di mana penyanyi yang diberi perhatian penonton.

“Jadi, saya cuba fikirkan sesuatu yang berbeza. Lantas, lahirlah idea untuk tampilkan tujuh gitaris pada konsert

“Apabila lihat senario industri muzik yang rancak, saya kira, sekarang waktu yang sesuai untuk anjurkan konsert ini,” katanya sambil menambah angka tujuh mewakili gitaris dipilih dianggap penting dalam budaya Islam dan Melayu.



Jo tidak menafikan bukan mudah menggabungkan tujuh gitaris di pentas.

“Memang sukar dan mencabar. Namun, soal jadual latihan, tiada masalah. Latihan dibuat pada hari biasa. Pada hujung minggu, saya beri kelepasan kerana masing-masing ada jadual padat,” katanya.

Jo berkata, tiga penyanyi undangan iaitu Datuk Hattan, Muss dan Lan Solo akan ditampilkan pada konsert itu.

“Muss dan Lan Solo dipilih kerana suara mereka sesuai untuk kebanyakan lagu rock lama yang bernada tinggi.



“Hattan pula memiliki kelebihan menyampaikan lagu blues,” katanya.

Konsert Tujuh Vibrator Gitar selama sejam 45 minit diiringi kumpulan Barbarik yang dianggotai Rozaimie yang bermain bes, Adi Yamin (keyboard), Ainoll (dram) serta penyanyi latar, Izzat dan Baby.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10

Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’



Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu

Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker