Bawa lari isteri berpantang, rumah ‘dikunjungi’ gajah

Bawa lari isteri berpantang, rumah ‘dikunjungi’ gajah

JERANTUT – Seorang bapa, Irwan Syah Zainuddin, 39, bersyukur apabila sempat menyelamatkan isteri yang sedang berpantang dan anak-anaknya selepas seekor gajah betina menghampiri kediamannya di Kampung Som dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 1 pagi itu, Irwan Syah berkata, dia dan isterinya yang belum tidur terdengar bunyi kuat seperti sesuatu benda dipijak dan dipatahkan berdekatan rumahnya.



“Saya berasa tidak sedap hati dan mengesyaki ada sesuatu kejadian di luar lalu membuka tingkap dan terkejut apabila melihat seekor gajah menghampiri rumah bahagian hadapan yang ­diterangi cahaya lampu.

“Bimbang keselamatan kami terancam, saya terus membawa isteri sambil mengendong bayi dan mengejutkan anak lain untuk keluar mengikut pintu belakang,” katanya semalam.

Menurut Irwan Syah, kejadian pencerobohan gajah liar kerap berlaku sejak beberapa tahun lalu dan terbaharu Julai lalu.

Seorang pekebun, Daud Talib, 71, berkata, pencerobohan itu mengakibatkan tanaman pisang, sawit, kelapa dan pokok buah-buahan yang mula mengeluarkan hasil musnah manakala sebahagiannya dimakan oleh gajah liar.



“Apabila tiba di kebun (semalam), saya dapati kebanyakan tanaman tumbang, manakala ada yang dimakan dan selebih­nya dimusnahkan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan dan Ke­selamatan Kampung (JPKK) Som, Rafiz Azuan Ahmad, 49, berkata, kejadian kali kedua tahun ini berlaku apabila gajah betina dengan saiz tapak kaki berukuran kira-kira 0.46 meter terlepas keluar dari kawasan pagar elektrik lalu memasuki kebun pertanian penduduk.

“Penduduk di sini berharap pihak berwajib memantau dan menangkap haiwan liar ini bagi mengelakkan pencerobohan kawasan kampung yang dikhuatiri oleh mengancam keselamatan manusia,” ujarnya. K Online

Bawa lari isteri berpantang, rumah ‘dikunjungi’ gajah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”



Engku Emran bercerai, nama Erra Fazira kena petik

Jika kepala tak betul, ekor pun tak betul – TMJ



GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker