Pendidikan seks di negara kita gagal?

PETALING JAYA: Pendidikan seks di negara kita  dianggap gagal oleh sesetengah masyarakat disebabkan peningkatan kes rogol dan pembuangan bayi yang semakin meningkat.

Menurut statistik Polis Diraja Malaysai (PDRM) untuk tempoh tahun 2018 hingga 2021, kategori umur suspek yang melakukan perbuatan jenayah kejam ini kes paling tinggi iaitu 149 kes membabitkan umur 18 hingga 25 tahun, manakala 73 kes lagi membabitkan umur 25 tahun ke atas dan 40 kes dalam kalangan bawah 18 tahun.

Pakar Psikologi Kanak-kanak dari SEGI Universiti, Prof Datin Dr Mariani Md Nor berkata, pendidikan seks tidak gagal tetapi nilai budaya, adat sopan dan akhlak moral yang terserlah gagal dalam masyarakat di Malaysia dan setiap individu perlu dilindungi baik dari kanak-kanak mahupun dewasa dari kejadian rogol yang semakin berleluasa.

“Pendidikan sahaja tidak mencukupi, yang lebih penting adalah setiap unit keluarga harus memainkan peranan penting dalam memberi pendidikan kepada ahli keluarga masing-masing” katanya.

Mengupas perkara itu, pakar psikologi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr.Fauziah Hanim Abd Jalal menyokong bahawa setiap keluarga perlu mempunyai parenting skill dengan memberikan pendidikan awal kepada anak-anak dan memainkan peranan masing-masing  dalam melahirkan masyrakat yang berkualiti.

“Selain pihak sekolah, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dengan memberikan pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak kerana ia merupakan tunjang utama dalam hidup” katanya.

Bercakap kepada Utusan Malaysia,Mariani bersetuju bahawa keluarga merupakan komponen yang berada dalam ruang lingkup mesosistem yang perlu menjadi pendinding supaya dapat mendidik dan mengasuh anak-anak dengan baik serta dapat menanam nilai akhlak dalam kalangan ahli keluarga masing-masing.

Sehingga kini, segelintir masyarakat masih lagi malu untuk bercakap tentang perkara ini terutama apabila mereka begitu ‘taboo’ dalam perkara pendidikan seks yang mereka perlu faham dalam konteks yang sebenarnya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”

Engku Emran bercerai, nama Erra Fazira kena petik

Jika kepala tak betul, ekor pun tak betul – TMJ

GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker