IPhone jatuh ditemui penyelam masih boleh diguna

Sebuah telefon pintar jenama iPhone milik seorang pelancong Jepun yang terjatuh ke dalam laut di Pattaya Jumaat lalu akhirnya ditemui semula oleh beberapa penyelam, lapor portal berita Pattaya Mail hari ini.

Menyedari telefon bimbitnya jatuh ke dalam laut, pelancong lelaki berkenaan membuat aduan  kepada pihak Pentadbiran Bandar Pattaya. Pihak majlis perbandaran kemudian membentuk sebuah pasukan penyelam untuk  mencari alat komunikasi tersebut.

Pasukan itu disertai kakitangan maritim tempatan dan kru penyelamat kemudian bergegas melakukan misi selaman.



Akhirnya, mereka berjaya menemui telefon bimbit tersebut di dasar laut tetapi apa yang lebih menarik  ialah iPhone tersebut masih berfungsi dan boleh digunakan seperti biasa.

Pelancong Jepun itu dilaporkan berasa gembira kerana telefon bimbitnya ditemui semula dan tidak rosak. –  AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”

Engku Emran bercerai, nama Erra Fazira kena petik



Jika kepala tak betul, ekor pun tak betul – TMJ

GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker