4 anggota polis antara ditahan curi kabel
4 anggota polis antara ditahan curi kabel
Sembilan lagi suspek disyaki terbabit sindiket curi kabel ditahan polis dalam beberapa serbuan di Selangor, 20 September lalu.
Kesemua suspek berusia antara 20-an sehingga 40-an itu ditahan susulan penahanan empat anggota polis peronda yang disyaki bersubahat dengan sindiket berkenaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis menerima laporan daripada pihak Telekom Malaysia (TM) berhubung dua kabel bawah tanah hilang dicuri, 18 September lalu.
Beliau berkata, bertindak atas laporan itu satu siasatan dijalankan oleh pasukan D4 Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
“Hasil risikan, pasukan berjaya menahan empat anggota polis peronda (MPV) yang bertugas di bawah kontinjen IPD Petaling Jaya kira-kira jam 11.30 malam pada 19 September.
“Soal siasat dilakukan membawa kepada penahanan lapan suspek tempatan dan seorang warga asing dalam lima serbuan di premis besi buruk di Kampung Sungai Kandis, Klang dan Bukit Kemuning, Shah Alam; premis di Kawasan Perindustrian Shah Alam; rumah di Seksyen 8/1 Petaling Jaya serta Taman Seri Sentosa Jaya, Klang.
“Pasukan juga berjaya merampas dua kenderaan MPV, kereta jenis BMW, Honda Civic, pacuan empat roda Ford Ranger, lori, jaket pantulan cahaya dan 11 telefon bimbit.
“Polis turut menemui 1.2 tan gulungan wayar tembaga yang sudah dibakar bernilai RM100,000, besi penutup longkang dan buku hasil jual beli termasuk resit,” katanya dalam sidang media di IPD Petaling Jaya di sini, hari ini.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan, empat anggota penguat kuasa dicekup selepas disyaki bersubahat dengan sindiket mencuri kabel.
Penjawat awam terbabit dipercayai bertindak sebagai tonto yang akan ‘jaga line’ ketika ahli sindiket berkenaan membuat kerja.
Mengulas lanjut, Mohamad Fakhrudin berkata, siasatan lanjut mendapati sindiket berkenaan aktif mencuri kabel di sekitar daerah ini sejak awal tahun.
“Empat anggota MPV itu disyaki terbabit bagi melancarkan aktiviti jenayah mereka dan kita tidak menolak kemungkinan mereka menerima sejumlah bayaran bagi setiap jenayah dilakukan,” katanya.
Katanya, lapan suspek yang ditahan mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau dan kesemua mereka sedang ditahan reman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 431A Kanun Kesekaaan.
Tambahnya, empat anggota polis yang ditahan reman sebelum ini sudah dibebaskan dengan jamin, namun mereka digantung kerja dan sekiranya siasatan mendapati mereka terbabit sindiket itu akan dituduh di mahkamah.
Kata beliau, polis tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan jenayah termasuk anggota polis dan tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang ditetapkan. HM
4 anggota polis antara ditahan curi kabel
Baca Artikel Menarik:
- Tomok, Naqiu berseteru dalam GV10?
- Bercakap dengan firaun pun Allah suruh guna perkataan baik
- Sanusi pembohong nombor satu negara
- Rakyat Indonesia nobatkan Anwar ‘Sukarno Besar’ di pentas UNGA
- Liza Hanim buka mulut kerana tak tahan lagi
- Sedih, mencarut dah jadi budaya baru PAS
- Gandingan Nabil, Jihan, Elly dipertikai
- ND Lala bukan buang saya saja, anak-anak juga – Fauziah
- Berumah dalam kereta kerana berhutang RM1 juta
- Reaksi positif diplomat di New York bercanggah dakwaan Sanusi di Pelangai
- PN hilang Kemaman: Mahkamah benarkan petisyen pilihan raya BN
- Kedudukan 4 Presiden parti, PAS, Amanah, MCA dan Bersatu
- Jawab di akhirat nanti – Ubai
- 5 KSU bertukar sebalik ura-ura rombakan Kabinet
- Next pandemic disease X is deadliest than Covid-19
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil
You must be logged in to post a comment.