Laung azan selepas bunuh ibu bapa

Laung azan selepas bunuh ibu bapa

Seorang pakar bius dituduh membunuh ibu bapanya dengan kejam di rumah mereka di Iskandariah, Mesir.

Dia kemudian didakwa mengunjungi masjid berdekatan selepas melakukan perbuatan itu dan berulang kali melaungkan azan.



Gulf News melaporkan jenayah mengerikan itu berlaku di apartmen mereka di kawasan Faisal Bank di daerah Sidi Bishr.

Ketika pasukan Direktorat Keselamatan Iskandariah tiba di lokasi, mereka melihat mayat lelaki tua dan isterinya yang berlumuran darah.

Siasatan awal dilakukan dan Pendakwa Raya mengenal pasti anak lelaki pasangan berkenaan yang juga pakar bius sebagai suspek utama.

Suspek yang dipercayai bergelut dengan masalah psikologi ditahan untuk siasatan lanjut.



Saksi memberitahu media tempatan yang suspek dilihat mengunjungi masjid terdekat selepas membunuh ibu bapanya.

Dia didakwa seperti ‘terganggu’ apabila berulang kali melaungkan azan, menangis dan mengumam kata-kata yang tidak diketahui.

Terdahulu tragedi itu terbongkar selepas anak lelaki kedua mangsa dimaklumkan oleh jururawat ibu bapanya mengenai tingkah laku mencurigakan pakar bius terbabit.

Lelaki itu kemudiannya segera ke apartmen berkenaan dan mendapati ibu bapanya sudah meninggal dunia, sebelum memaklumkan pihak berkuasa. HM



Laung azan selepas bunuh ibu bapa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”



Engku Emran bercerai, nama Erra Fazira kena petik

Jika kepala tak betul, ekor pun tak betul – TMJ



GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker