Ismail tolak dakwaan PN Felda bukan kubu kuat UMNO

Ismail tolak dakwaan PN Felda bukan kubu kuat UMNO

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menolak, dakwaan Perikatan Nasional (PN) yang kononnya Felda bukan lagi kubu kuat UMNO.

Ismail Sabri yakin, warga Felda masih bersama Barisan Nasional (BN) terutamanya dalam mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.



“Untuk di DUN Pelangai ini terdapat tiga kawasan Felda dan ketika PRU-15 semua menang. Mungkin banyak kalah Felda lain.

“Jadi kita masih menganggap Felda ini sebagai kubu kuat UMNO dan BN,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program turun padang di Felda Kemahal, hari ini.

Baca artikel lain: 338 kawasan Petaling, KL, Hulu Langat alami gangguan bekalan air berjadual 10 Oktober



Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa Felda kini bukan lagi kubu kuat BN.

Menurut Tuan Ibrahim, perkara itu terbukti apabila sokongan peneroka dilihat sudah beralih kepada PN dalam pilihan raya baru-baru ini.

DUN Pelangai meliputi tiga penempatan Felda iaitu Felda Chemomoi, Felda Kemasul dan Felda Kemahal.

Berdasarkan rekod daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) terdapat 7,983 pengundi bagi ketiga-tiga Felda tersebut berbanding 16,456 pengundi keseluruhannya.



Pada Isnin, calon BN, Datuk Amizar Abu Adam menyifatkan kenyataan Tuan Ibrahim sebagai sekadar cakap-cakap politik ketika musim kempen PRK.

Tegasnya, apa pun dakwaan yang dilemparkan, selaku anak Felda, beliau yakin dengan sokongan yang ada. HM

Ismail tolak dakwaan PN Felda bukan kubu kuat UMNO

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”

Engku Emran bercerai, nama Erra Fazira kena petik



Jika kepala tak betul, ekor pun tak betul – TMJ

GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker