Muhyiddin mengadap USJT pagi ini

Muhyiddin mengadap USJT pagi ini

Pihak polis sekali lagi akan mengambil kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan dakwaan kenyataan berkaitan orang Melayu akan hilang kuasa ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram, Johor, pada Khamis.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan perkara itu, selepas dihubungi media.

Bekas Perdana Menteri yang hadir dengan memakai baju berwarna hitam, tiba di pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Jalan Sentral, di sini pada jam 9.13 pagi, bagi tujuan berkenaan.

Sebelum ini media melaporkan, tindakan itu dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman di bawah Seksyen 4(A) Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Pada 3 September lalu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dalam ceramah kempen DUN Simpang Jeram, Johor.

Ucapannya itu turut dikongsi menerusi halaman Facebook yang mana mengandungi dakwaan Melayu pada hari ini tidak lagi menguasai kerajaan, maknanya orang Melayu sudah hilang kuasa, sedar ataupun tidak, betul ataupun tidak. Sinar

Muhyiddin mengadap USJT pagi ini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baby Shima dah jadi Mondy Tatto (Video)

La Luna ada unsur soft porn?

Bapa Mondy minta maaf

Peluk ok, cium bibir tak boleh – Fedi Nuril

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker