Tertelan Airpods kerana disangka vitamin

Seorang wanita didakwa tertelan salah satu daripada fon telinga Airpods miliknya kerana menyangka ia ialah vitamin.

Kejadian menimpa Tanna Barker turut menjadi tular selepas dia membuat pengakuan menerusi video yang dikongsi di TikTok.

Barker menjelaskan dia sedang berborak dengan rakannya ketika dia menanggalkan salah satu fon telinga keluaran Apple itu kerana mahu mendengar perbualan temannya dengan lebih jelas.



“Pada masa sama, dia juga mengambil ‘vitamin’ dan memasukkan ke dalam mulutnya. Tidak lama selepas itu, Barker baru menyedari vitamin sebenar masih berada di dalam tangannya,” lapor Android Authority.

Wanita itu bagaimanapun masih boleh ketawa apabila menceritakan semula detik melucukan tersebut.

“Saya telah menghubungi doktor dan beberapa rakan untuk meminta nasihat mereka. Kesemuanya memberikan saranan yang sama iaitu menyuruh saya membiarkan ia keluar sendiri dengan najis,” jelas laporan itu lagi.

Pada 2021, seorang lagi wanita di AS pernah berdepan situasi sama dan paling memeranjatkan apabila Airpods itu dikatakan masih berfungsi dengan baik kerana dapat merakam bunyi perutnya. – Agensi



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA



Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya



Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker