Pesawat terhempas 14 pelancong temui ajal

Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh selepas sebuah pesawat ringan terhempas di Barcelos, bandar di pedalaman Amazonas di utara Brazil pada Sabtu, kata pihak berkuasa tempatan.

“Mangsa terdiri daripada pelancong yang dalam perjalanan untuk menjalankan aktiviti memancing,” kata Gabenor Amazonas Wilson Lima pada sidang akhbar.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal kesemua pelancong itu merupakan warga tempatan.



Dilaporkan bahawa juruterbang menghadapi masalah mencari landasan untuk mendarat di Barcelos, destinasi kepada penggemar aktiviti memancing.

Syarikat penerbangan Manaus Aerotaxi dalam satu kenyataan media sosial, mengesahkan nahas itu.

Menurut Datuk Bandar Barcelos, Edson Mendes, pasukan Pertahanan Awam menjumpai 14 mayat, termasuk 12 penumpang, juruterbang dan pembantu juruterbang. – Bernama/Xinhua

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA



Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya



Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker