Polis berjaya temui Nur Shafina Maisarah dalam keadaan selamat

KAJANG: Pelajar Tingkatan Tiga yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Batu 20 1/4, Kampung Padang, di sini, pada 13 September lalu, ditemui semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata remaja berusia 15 tahun itu ditemui selamat di kawasan Semenyih, di sini.

“Berdasarkan siasatan, punca remaja terbabit keluar dari rumah kerana berlaku perselisihan faham dengan keluarga,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Harian Metro Jumaat lalu melaporkan Nur Shafina Maisarah Abdullah dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Batu 20 1/4, Kampung Padang.

Polis menerima laporan daripada ibunya yang juga suri rumah berusia 34 tahun jam 10.40 pagi, Khamis.

Mohd Zaid dipetik berkata, siasatan dilakukan mendapati kali terakhir remaja itu dilihat oleh ibunya jam 6.15 pagi ketika keluar rumah menaiki bas untuk ke sekolah dengan berpakaian sukan.

“Saksi yang juga rakan sekolahnya ada melihat remaja berkenaan turun dari bas tetapi dia tidak masuk ke kawasan sekolah.

“Difahamkan remaja terbabit tidak mempunyai sebarang masalah dengan keluarga sebelum ini. Pengadu cuba hubungi telefon bimbit anaknya, namun panggilan tidak dijawab,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker