‘Mengapa kahwin dengan saya kalau nak jadi curang’!
Sebuah video tular di media sosialmemaparkan senario seorang suami memukul dirinya sendiri dan memekik tanpa menghiraukan orang ramai selepas mendapat tahu isterinya curang, lapor akhbar South China Morning Post semalam.
Kejadian tersebut berlaku di bandar Wuhan, wilayah Hubei pada 3 September lalu.
Dalam video tersebut, seorang lelaki yang sedang menangis kedengaran berkata: “Awak mengabaikan keluarga kita dan langsung tidak mengambil kisah tentang kami semua. Awak tidak memikirkan mengenai anak dan saya, sebaliknya hanya tahu keluar bertemu janji. Mengapa kahwin dengan saya?”
Si isteri yang kelihatan tenang kemudian dilihat berkata sesuatu, namun tidak didengari butir percakapannya.
Sejurus mendengar kata-kata isterinya, si suami kemudian seperti hilang kawalan dan dia mula memukul diri sendiri berulang kali serta memijak kakinya.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen dengan ada yang bersimpati serta ada juga yang mengkritik tindakan lelaki berkenaan.
“Lepaskan sahaja dia. ‘Kesakitan’ untuk tempoh sementara lebih baik daripada sakitnya hati untuk tempoh lama. Jangan terus ‘menyeksa’ diri sendiri dan isteri anda,” kata seorang netizen.
“Tindakan sedemikian amat memalukan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Bingkaikan nama anak pertama pilihan Agong, guru teruja
- Pemimpin AMK jangan main keadilan bela kroni – Nur Jazlan
- Dicabul pempengaruh popular, Serene kesal dituduh dahaga perhatian
- Rasuah Jana Wibawa, Adam Radlan dibicara Mei tahun depan
- Akmal suruh Rafizi hormat hak Agong dalam isu pengampunan seperti yang telah diterima Anwar
- Cara terbalikkan diabetes jenis 2
- Mana kitab Hadi ketika pemimpin PAS dapat DNAA, soal Faiz
- Ayah campak, mama pula tumbuk mata saya – Waldan
- Ruhainies nafi besarkan buah dada
- Mayat makhluk asing ditemui
- Isham tak hadir pun mesyuarat MKT UMNO semalam
- Telur separuh masak bantu pulihkan otot? Ini penjelasan pakar
- Kalau tak salah apa yang Muhyiddin takut?
- Pemuda terkejut bakal ‘isteri’ sebenarnya lelaki, terus batalkan perkahwinan serta merta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.