Penangan bau durian buat konduktor bas pengsan

Seorang konduktor bas pitam selepas menghidu bau buah durian yang dibawa penumpang dalam insiden yang turut menyebabkan kenderaan pengangkutan awam  itu mengalami kelewatan, lapor portal berita Mothership semalam.

Kussama Srisong menerusi hantaran di laman Facebook pada 8 September lalu berkata, dia sukar bernafas dan pengsan selepas menghidu aroma raja buah itu.

Keadaan itu berlaku katanya, kerana dia alah pada durian.



Kata Kussama lagi, selepas menyedari penumpang tersebut membawa durian, dia menegurnya  kerana buah durian dilarang dalam pengangkutan awam di Thailand.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, Kussama dilihat terbaring di atas tempat duduk bas sambil dibantu oleh dua individu.

Tambah Kussama, insiden itu menyebabkan perjalanan bas mengalami kelewatan.

“Apabila anda membawa durian ke dalam bas, bukan sahaja anda tidak boleh meneruskan perjalanan, orang lain juga terpaksa pulang lewat ke rumah disebabkan anda,” katanya pada hantaran tersebut. – AGENSI



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kak KM maki suami langgar kereta kesayangan? (Video)



Abah pilih dia ceraikan mak dan anak-anak sekali

Azhar Ali kembali ‘Scam’ jadi Perdana Fellow Di MITI?



Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker