Habuan, sogokan, ugutan tapi satu laporan polis pun tak buat

Habuan, sogokan, ugutan tapi satu laporan polis pun tak buat

Tiada satu pun laporan polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat atas dakwaan wujudnya unsur habuan, umpan dan ugutan terhadap Ahli Parlimen pembangkang yang menyokong Perdana Menteri.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, maklumat itu adalah terkini, yang diperoleh pada Selasa pagi.



Begitupun, tegasnya, sekiranya terdapat laporan berkaitan isu tersebut, kerajaan akan bertindak secara profesional bagi menguruskan laporan itu.

“Tiada satu pun aduan polis, mahupun SPRM yang dibuat terhadap dakwaan wujudnya unsur habuan umpan atau ugutan ekoran daripada tindakan beberapa orang Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional yang menyatakan sokongan kepada YAB Tambun.

“Ugutan, dia membabitkan tugasan polis. Umpan dan habuan termasuk dalam teritori SPRM. Tetapi untuk tujuan menjawab pagi ini, saya meminta kedua-dua agensi itu sediakan laporan.

“Begitulah keadaannya. Di sebalik apa yang disuarakan di luar, hakikatnya sehingga setakat ini, tiada satu pun laporan yang dibuat,” katanya.



Tambah beliau, sekiranya terdapat laporan namun tidak wujud elemen umpan, habuan dan ugutan, justeru ia adalah fitnah kepada kerajaan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Othman Abu Bakar (PH – Batu Pahat) yang membangkitkan isu tersebut di Dewan Rakyat pada Selasa.

Jawapan daripada Menteri Dalam Negeri itu kemudian pantas disanggah Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN – Machang).

Menurutnya, menteri kata tiada laporan sedangkan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah membuat laporan polis pada tengah malam Isnin.



“Cuma saya nak perbetulkan YB Menteri dan rakan-rakan dalam Dewan hari ini. Sebenarnya satu laporan polis telah dibuat oleh Armada Bersatu Malaysia…tengah malam semalam.

“Adakah ini cakap kosong dan fitnah? Tidak, kita ada fakta, ketika ada kes dan laporan susulan SPRM akan dibuat.

“Selepas ini, kami akan buat sidang media untuk menjelaskan tentang laporan polis ini,” katanya.

Saifuddin Nasution kemudian membalas: “Saya ucap syabas Machang dan Armada bekerja sampai tengah malam untuk membuat laporan polis.



“Hakikat polis pun terima laporan pun, itu tunjuk polis bertindak profesional,” ujarnya. Aw

Habuan, sogokan, ugutan tapi satu laporan polis pun tak buat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir

Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap



Siti Nordiana gagal bawa watak ‘nakal’ Britney

Ramli MS terkejut Aliff Aziz ada jiwa ‘leman’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker